Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Bikin Saspens, Siar Imej Model Baharu, Adakah Atto 2 Bakal Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Cars Malaysia membuat saspens sekali lagi apabila mendedahkan imej teaser yang mana timbul spekulasi bahawa ia bakal memperkenalkan model elektrik terbaharunya, BYD Atto 2.

Biarpun nama model itu tidak disahkan secara rasmi, namun satu video pendek dimuat naik dengan mesej  yang  tertera perkara “Don’t worry, Be Capy =)” serta  diiringi dengan kesan tapak kaki capybara di tepi skrin iklan teaser itu.

Capybara adalah haiwan yang lazimnya ditemui di Amerika Syarikat dimana BYD sedang giat mengembangkan kehadirannya, menerusi model Atto 2.

image.png

BYD Atto 2 sebenarnya berada di bawah kedudukan Atto 3 yang sudah pun didedahkan di Thailand dan Australia. 

Di China, Atto 2 dipasarkan sebagai BYD Yuan Up. Ia berada dalam kategori SUV segmen-B, lebih kecil daripada Atto 3 tetapi lebih besar daripada hatchback Dolphin. 

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,310 mm (panjang)   dengan jarak roda 2,620 mm, selebar 1,830 mm dan setinggi 1,675 mm. Menerusi ukuran ini, ia menawarkan  ruang kabin yang cukup luas dan praktikal.

Dalam pada itu, tiga varian ditawarkan di China dan dikuasakan oleh dua konfigurasi motor dan bateri. Versi biasa dilengkapi dengan motor 70 kW (94 HP) dan tork 180 Nm. Ia disumbat dengan  bateri Blade 32 kWh. Gabungan ini mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 301 kilometer mengikut piawaian CLTC.

image.png

Sementara itu, dua model  spesifikasi lebih tinggi pula menggunakan motor lebih berkuasa 130 kW (174 HP) yang menghasilkan tork  290 NM, bersama bateri Blade 45.12 kWh yang mampu mencapai jarak 401 KM (CLTC). 

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  7.9 saat.

image.png

Dari segi pengecasan, Atto 2 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 65 kW dan pengecasan AC 11 kW. Walaupun secara teknikal lebih perlahan berbanding varian Extended Range BYD Dolphin yang mampu mencapai 80 kW DC, namun Atto 2 masih boleh mengecas dari 10–80% hanya dalam sekitar 37 minit jika menggunakan pengecas pantas. Pengecasan penuh dengan wallbox 7 kW pula mengambil kira-kira 8 jam.

Dari segi reka bentuk, Atto 2 menggunakan gaya terkini BYD yang dikenali sebagai ‘Dragon Face’. Ini termasuk terdapat gril hadapan tertutup, lampu utama LED manakala ruang udara bawah pula agak menonjol. Penampilan keseluruhan menyerupai model-model seangkatannya, dengan gaya futuristik dan menarik untuk golongan muda.

Bahagian dalam Atto 2 pula varian lebih tinggi hadir dengan skrin infotainmen jenis boleh pusing yang bersaiz 12.8 inci, kluster instrumen digital 8.8 inci, sistem bunyi 8 pembesar suara, dan kamera pandang sekeliling. Keselesaan ditambah dengan tempat duduk kulit vegan yang boleh dilaraskan secara elektrik dan dipanaskan, serta bumbung suria panoramik yang luas.

image.png

Walaupun bersaiz kompak, ruang kaki di belakang sebenarnya sudah memadai untuk orang dewasa bersaiz biasa dan ia hadir dengan   ruang but seluas 400 liter yang boleh dibesarkan  1,340 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

image.png

Di China, Atto 2 dijual pada harga bermula 96,800 yuan (RM62,000) untuk varian asas dan harganya meningkat kepada RMB119,800 (RM77,000) untuk varian tertinggi.

Walaupun harga di Malaysia pasti akan lebih tinggi kerana dasar harga lantai RM100,000 untuk EV, ini masih menunjukkan bahawa BYD bersedia untuk memperkenalkan SUV elektrik yang lebih mampu milik di bawah Atto 3.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi BYD Malaysia dalam tempoh terdekat ini. Adakah Atto 2 bakal dilancarkan atau mungkin Atto 3 hadir dengan pilihan warna baharu? 


Gallery

Tag:

BYD Malaysia
BYD Atto 3
BYD EV
BYD ATTO2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

16-12-2025
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-11-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026