Link Copiedcheck_circle
EV

China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Adakah anda arif tentang pemanduan kenderaan elektrik (EV), jika ya, anda pasti tahu tentang one-pedal mode atau pemanduan pedal tunggal!

Seperti sedia makluman, tahap brek  regeneratif  dalam sesetengah EV yang dijual hari ini adalah begitu luar biasa sehingga ia mampu memperlahankan kenderaan secara efektif selain menghentikan kenderaan dengan sepenuhnya. 

Untuk itu, ada pemandu EV yang telah menyesuaikan gaya pemanduan mereka sehingga hampir tidak menyentuh pedal brek langsung.

image.png

Sudah tentu, bergantung pada perspektif anda, anda mungkin mendapati fungsi brek regeneratif ini sama ada sangat berguna atau mungkin boleh mendatangkan bahaya?

Berdasarkan pengalaman kami menguji beberapa EV sejak kebelakangan ini, kami dapat melihat kelebihan dan juga risiko fungsi ini serta gaya pemanduan yang diwujudkannya.

image.png

Namun, berdasarkan laporan terkini, China yang merupakan negara pengeluar EV terbesar di dunia akan  mengetatkan penggunaan  ciri itu dan akan memperkenalkan undang-undang baharu yang melarang pengeluar kereta menetapkan mod pemanduan tunggal sebagai sistem lalai (default).

image.png

Secara khususnya, ia melibatkan syarat baharu GB 21670-1015, yang menetapkan bahawa pemandu tidak dibenarkan menetapkan EV mereka kepada mod default di mana ia  boleh memberhentikan kenderaan sepenuhnya hanya dengan melepaskan pedal pemecut. Namun, ini tidak bermakna ciri ini diharamkan sepenuhnya.

Sementara itu, ada sumber dalam talian  menjelaskan bahawa undang-undang baharu ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, bukannya untuk menambah jarak perjalanan EV. Kebimbangan ini timbul daripada tabiat pemanduan baharu yang mungkin berbahaya yang diwujudkan oleh gaya pemanduan pedal tunggal.

image.png

Malah, kajian baharu menunjukkan bahawa sesetengah pemandu EV  terlalu bergantung pada kesan brek regen, yang secara tidak langsung menyebabkan tindak balas mereka dalam menggunakan brek menjadi lambat ketika kecemasan apabila kuasa brek lebih daripada regen diperlukan.

Ini bertentangan dengan pendapat sesetengah peminat EV yang berpendapat bahawa pemanduan satu pedal adalah lebih selamat kerana ia menghapuskan kelewatan antara melepaskan kaki kanan dari pedal pemecut dan meletakkannya ke atas pedal brek.

Apapun, piawaian baharu ini akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa China bermula 1 Januari 2027. 

image.png

Turut dilaporkan termasuk keperluan baharu untuk lampu brek pada EV menyala apabila kadar nyahpecutan yang dialami oleh sistem pemulihan tenaga melebihi 1.3 m/s².

Ini sekaligus menangani kebimbangan biasa dalam kalangan pemandu di belakang EV di lalu lintas yang mungkin tidak menyedari bahawa EV sedang memperlahankan kenderaan dengan ketara tanpa isyarat lampu brek konvensional.

Walaupun peraturan baharu ini mungkin terhad kepada China, hakikat bahawa negara ini menghasilkan sebahagian besar EV yang dijual di seluruh dunia mungkin menyebabkan perubahan ini turut dirasai secara global.

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju bahawa mod pemanduan pedal tunggal ini sebenarnya bahaya? Kongsikan pendapat anda!



Gallery

Tag:

one pedal
epedal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-07-2025
EV
Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi

Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi

Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.

16-07-2025
EV
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.

15-07-2025
EV
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.

15-07-2025
EV
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain
EV
China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.

15-07-2025
EV
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.

15-07-2025
EV
Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur  Pengecasan EV

Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Meta Bright Group Berhad menjalin Kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

12-07-2025