Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.

Hyundai Staria ini hadir dalam empat varian iaitu varian asas iaitu Style (10 tempat duduk), varian pertengahan Prime (10-tempat duduk), serta varian tertinggi Prestige hadir dengan pilihan 7 dan 10 - tempat duduk.

Berikut Perinciannya:

VARIANHARGA
2.2D Style 10-SeaterRM179,888
2.2D Prime 10-SeaterRM196,888
2.2D Prestige 10-SeaterRM209,888
2.2D Prestige 7-SeaterRM267,888

Kesemua varian menggunakan enjin turbo diesel 4-silinder 2.2 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 177 HP dan 431 NM dan  dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Dari segi penampilan, terdapat lencana baharu dengan kemasan  berwarna gangsa pada lencana,ada gril, spoiler hadapan, cermin sisi dan  terdapat kemasan bampar belakang. Selain itu, Staria kekal dilengkapi lampu LED penuh dengan grafik DRL dan lampu belakang tema piksel serta rim dua tona bersaiz 18 inci .

image.pngimage.png

Menjengah kabinnya, terdapat perubahan estetik terbesar iaitu tiada lagi kemasan Alcantara pada pintu dan konsol tengah, manakala semua tempat duduk kini dibalut dengan kulit Nappa.

image.png

Malah, Hyundai Staria juga masih menampilkan panel instrumen digital bersaiz 10.25 inci serta skrin  infotainmen tengah 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Bose dengan 12-pembesar suara, pad pengecas wayarles Qi, serta kamera 360 darjah.

Mengenai ciri keselamatannya, ia didatangkan dengan enam beg udara secara standard untuk semua varian. Hanya varian tertinggi Prestige 7-tempat duduk mendapat pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang membolehkan keupayaan pemanduan separa autonomi.

Apa pendapat anda tentang Staria facelift ini?

Gallery

Tag:

Hyundai Motor Malaysia (HMY)
Hyundai Staria
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-10-2025
Kereta Baru

08-10-2025
Kereta Baru

02-07-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Berita Auto

18-06-2025
Berita Auto

26-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.

05-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900

Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

05-11-2025