Link Copiedcheck_circle
EV

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC05248.JPG


Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk satu kerjasama strategik  perayauan, eRoaming Hub Alliance. Inisiatif ini dijangka bakal mengubah landskap pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.


Menyatukan Lebih 1,000 Pengecas Awam Di Bawah Satu Rangkaian


dji_mimo_20250718_220722_20250718220704_1752880428252_pano.jpg


Keempat-empat pengendali pengecas ini kini secara kolektif menguruskan lebih 1,000 stesen pengecas awam dan menyasarkan untuk menghapuskan masalah kekangan penggunaan rangkaian pengecas yang berbeza-beza sebelum ini. Bagi pemandu EV, mereka bakal menikmati pengalaman mengecas yang lebih mudah, lancar dan tidak lagi terhad kepada aplikasi atau jenama tertentu sahaja.


Penubuhan Entiti Teknologi Bersepadu


WhatsApp-Image-2025-07-25-at-17.37.14.jpeg


Melalui kerjasama ini, diwujudkan sebuah entiti baharu yang buat sementara waktu dinamakan sebagai The Alliance, yang akan menggalas peranan sebagai tulang belakang teknologi bersama. 


Diketuai oleh wakil daripada setiap syarikat CPO, syarikat-syarikat ini akan bertanggungjawab dalam integrasi sistem di belakang tabir, protokol perkongsian data, serta membina infrastruktur sokongan bagi penyediaan perkhidmatan roaming merentas rangkaian.


Pelan Dua Fasa Perluasan Rangkaian


Fasa pertama projek ini akan memberi tumpuan kepada penyelarasan empat pengendali utama tersebut dalam satu platform yang boleh beroperasi bersama (interoperable).


Apabila fasa ini siap, fasa kedua akan menyusul dengan penambahan tiga lagi CPO baharu yang dijangka akan turut serta dalam beberapa minggu akan datang, sekali gus meningkatkan liputan nasional dan akses pengecas yang lebih luas kepada pemandu tidak kira syarikat pengecasan mana yang digunakan.


Pilihan Aplikasi Mesra Pengguna


DJI_20240912135253_0040_D.JPG


The Alliance masih dalam proses perancangan sama ada untuk memperkenalkan satu aplikasi seragam atau membenarkan pengguna terus menggunakan aplikasi kegemaran mereka sambil mendapat akses kepada kesemua rangkaian pengecasan terlibat. Walaupun pendekatannya berbeza, objektif utama kekal sama iaitu menjadikan pengecasan EV lebih mudah diakses, telus dan mesra pengguna.


Penubuhan Alliance ini menandakan satu langkah bersepadu menolak kemunculan pemain agregator pihak ketiga yang terlibat dalam industri EV tetapi tidak memberikan sumbangan yang sepatutnya dari segi pelaburan dan pembangunan infrastruktur sebenar. Para pengendali berpendapat industri pengecasan EV patut dikembangkan oleh mereka yang benar-benar membangunkan rangkaian secara aktif.


Selain faedah kepada pengguna, The Alliance juga memudahkan pengeluar kenderaan dalam proses integrasi sistem pengecasan, tidak perlu lagi berurusan dengan setiap pengendali pengecas secara berasingan, mereka kini boleh bekerjasama dengan satu entiti pusat. Ini mengurangkan isu dalam aspek teknikal, perkongsian data dan pelancaran perkhidmatan.

Baca: DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Tag:

Pengecas EV
Pengecas Kenderaan Elektrik
eRoaming Hub Alliance
The Alliance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar

KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.

23-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025
EV

PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.

30-09-2025
EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025