Link Copiedcheck_circle
Global

Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama premium dari China, Hongqi  mengesahkan bahawa jenama itu  secara rasminya akan menembusi pasaran Singapura, tidak lama lagi. Model itu dijadualkan akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2026.

Singapura merupakan sebahagian daripada pelan peluasan global Hongqi, yang turut merangkumi Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Latin. Di Singapura, jenama ini akan diwakili oleh Eurokars, iaitu sebuah syarikat yang turut mengendalikan jenama seperti Rolls-Royce, McLaren dan Pagani.

image.png

Sebuah bilik pameran khas Hongqi akan  dibuka padatahun depan di Jalan Leng Kee, seiring dengan ketibaan barisan model pertamanya.

Antara model yang akan dilancarkan termasuklah E-HS9, sebuah SUV elektrik mewah dimana harganya dianggarkan sekitar  SGD105,000 (RM365,000). Disasarkan untuk bersaing dengan model seperti BMW X5 dan Mercedes-Benz GLE, E-HS9 .

Selain itu,  dua model baharu juga akan diperkenalkan iaitu G117. dan E007, yang pertama kali dipertontonkan di Auto Beijing 2024. Bagaimanapun, kedua-duanya masih dalam pembangunan dan dijangka akan membuat kemunculan pengeluaran global tidak lama lagi.

Dimiliki oleh FAW Group, Hongqi merancang untuk melancarkan 20 model baharu di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia juga menyasarkan untuk menjual 500,000 kenderaan pada tahun 2025 dan menghasilkan 200,000 unit setahun di luar China menjelang 2030.

Bagi yang tidak tahu, jenama automotif tertua dan paling berprestij di China, Hongqi  telah lama menjadi simbol kebanggaan negara, terkenal kerana membawa pemimpin dan orang kenamaan di negara terbabit.

image.png

Pada April lalu, ia menjadi bualan hangat apabila Hongqi N701  diterbangkan khas untuk membawa Presiden China, Xi Jinping semasa lawatan negaranya ke Malaysia.

Memandangkan Hongqi  mahu melebarkan sayap ke  Asia Tenggara semakin berkembang, adakah Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya?

Sekiranya Hongqi memasuki pasaran tempatan, adakah rakyat Malaysia bersedia menerima jenama mewah dari China yang harganya setanding dengan jenama Eropah dan Jepun?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!






Gallery

Tag:

Hongqi
Hongqi L5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Prototaip Hongqi E702 Didedah, Antara EV Mewah

Prototaip Hongqi E702 didedahkan baru-baru ini.

04-12-2025
Berita Auto

Siapakah Pemilik Pertama Hongqi L5 Di Dunia?

Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.

14-04-2024

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026