Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Lamborghini-Temerario-GT3-12.jpg


Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3 semasa acara Goodwood Festival of Speed hujung minggu lalu.


Jentera beprestasi tinggi ini dibangunkan sepenuhnya di kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese. Menurut Lamborghini, ini membolehkan “integrasi strategik kejuruteraan berorientasikan perlumbaan daripada fasa reka bentuk yang terawal."


Rekabentuk Aerodinamik Lamborghini Temerario GT3


Lamborghini-Temerario-GT3-21.jpgLamborghini-Temerario-GT3-20.jpg


Temerario GT3 menampilkan badan komposit karbon yang direka bersama oleh pasukan motorsport Squadra Corsa dan pusat reka bentuk Lamborghini, Centro Stile. 


Pelbagai elemen aerodinamik disematkan pada jentera ini. Di bahagian hadapan, terdapat pemecah udara (splitter), sirip kecil (canard) yang diperbuat daripada gentian karbon, komponan ambilan udara baharu dan hud dengan corong pengudaraan. Di sudut yang sama terdapat lampu tengah seperti pada model Sterrato. 


Lamborghini-Temerario-GT3-22.jpgLamborghini-Temerario-GT3-17.jpg


Bahagian sisi pula dilengkapi tingkap yang direka ringan, fender dengan ciri pengudaraan dan skirt sisi yang kelihatan agresif. Model ini dipasangkan dengan rim ringan berukuran 18 inci daripada Ronal AG. Di belakang, sebagai sebuah kereta lumba,  model ini dipasangkan dengan ciri penting yang membantu prestasi seperti penyebar udara (diffuser) besar dan spoiler GT. 


Penambahbaikan Teknologi & Struktur Lamborghini Temerario GT3


Lamborghini-Temerario-GT3-19.jpgLamborghini-Temerario-GT3-9.jpg

 

Walaupun tiada imej rasmi dikeluarkan, Lamborghini mengesahkan Temerario GT3 dilengkapi sistem sangkar keselamatan yang lengkap dan stereng baharu yang dibangunkan berdasarkan maklum balas pelumba. 


Dari segi mekanikal, ia menggunakan casis kerangka ruang (spaceframe) aluminium yang diubah suai untuk memenuhi keperluan struktur dan kemudahan penyelenggaraan bagi perlumbaan. Selain itu, beberapa pengubahsuaian ringan turut dilakukan, antaranya membuang bracket hibrid yang tidak diperlukan dan melakukan perubahan supaya komponen dapat dikeluarkan dan digantikan dengan pantas semasa di litar.


Lamborghini-Temerario-GT3-6.jpgLamborghini-Temerario-GT3-4.jpg


Temerario GT3 menampilkan sistem suspensi perlumbaan baharu dengan penyerap hentak enam hala dari KW, serta jarak roda yang lebih lebar dan jarak roda yang lebih panjang berbanding model Huracan GT3 Evo 2.


Baca: Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!


Ciri Mekanikal Lamborghini Temerario GT3 Khas Untuk Litar 


Lamborghini-Temerario-GT3-18.jpgLamborghini-Temerario-GT3-10.jpg


Perubahan paling ketara ialah ketiadaan sistem PHEV dan motor elektrik hadapan, digantikan dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang sama seperti versi jalan raya, tetapi dengan turbo lebih kecil dan kotak udara (airbox) yang direka semula. Kuasa maksimum kini hanya 523 hp, hampir 400 hp kurang berbanding 907 hp pada model Temerario standard.


Lamborghini-Temerario-GT3-1.jpgLamborghini-Temerario-GT3-2.jpg


Walaupun kuasa berkurangan, Temerario GT3 menerima peningkatan lain seperti sistem ekzos Capristo, unit kawalan enjin yang diberikan talaan semula, sistem pengisian bahan api yang dipertingkatkan untuk pit stop lebih pantas dan sensor bahan api baharu untuk bacaan lebih tepat.


Perlumbaan Pertama Mac 2026 Nanti


Lamborghini Temerario GT3 dijangka membuat kemunculan sulungnya dalam acara perlumbaan 12 Hours of Sebring pada Mac 2026. Model ini bakal ‘menggalas tanggungjawab besar’ menggantikan Huracan GT3 Evo 2 yang telah memenangi sejumlah 96 kejuaraan dengan lebih 200 unit dihantar ke seluruh dunia sepanjang hayatnya.

Baca: Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Lamborghini-Temerario-GT3-11.jpg

Tag:

Lamborghini Temerario GT3
Lamborghini Temerario
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.

15-07-2025
Global

Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power

Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.

13-03-2025
Global

Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.

19-08-2024

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026