Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MCMC, LLM Kenal Pasti 50KM Jajaran Lebuhraya Tiada Liputan Telekomunikasi

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png

Gara-gara 50 kilometer jajaran lebuh raya tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengenal pasti lokasi terbabit.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara.

"Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan. Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi," katanya.

image.png
Bagaimanapun, pelaksanaan tersebut belum dapat dimulakan pada masa ini berikutan kekangan teknikal.Namun, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat yang mengendalikan teknologi LEO untuk menyelesaikan isu kesalinghubungan di kawasan terpencil, termasuk perairan negara.

"Pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter memerlukan pertimbangan tersendiri, dan di kawasan seperti pulau-pulau, ia mungkin tidak sesuai. Oleh itu, teknologi 'direct-to-cell' boleh menjadi penyelesaian alternatif," katanya.

"Kita lihat, sekurang-kurangnya jika berlaku kecemasan seperti kes lemas di pesisir pantai, individu terbabit boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan segera," katanya.

Gallery

Tag:

Malaysian Highway Authority (LLM)
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahun Baharu Cina: 3.27 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya, Rancang Perjalanan Anda!

Bagi yang merancang untuk balik kampung atau bercuti pada hujung minggu ini, anda dinasihatkan merancang perjalanan anda memandangkan 3.27 juta bakal menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara.

10-02-2026
Berita Auto

Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak

Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.

30-01-2026
Berita Auto

Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi

Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama sejak malam tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.

24-12-2025
Berita Auto

Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki

Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.

17-10-2025
Berita Auto

Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan

Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.

13-10-2025
Berita Auto

Harap Maklum! Tiada Tol Untuk Penunggang Motosikal, Rupanya Maklumat Palsu!

LLM menggesa orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu.

11-08-2025
Berita Auto

Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.

16-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026