Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Mahu Eksport 6,000 Kereta Tahun Ini, Sebab Proton e.MAS 7 Laku Keras, Nombor 3 Dalam Jualan Eksport

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON Holdings Berhad (PROTON) menubuhkan syarikat eksport,  Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB), kerana menyasarkan eksport 6,000 unit kenderaan pada tahun ini

Untuk itu, Proton berhasrat untuk menggandakan angka tersebut tahun depan dan melebihi 10 kali ganda jumlah itu menjelang 2030.

Buat masa ini, Proton   mengeksport ke 19 negara termasuk Brunei, Fiji, Papua New Guinea, Trinidad & Tobago, Singapura, Bermuda, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Mauritius, Sri Lanka, Mesir, Iraq, Ghana, Angola, Kenya, Afrika Selatan, Mozambique dan Zimbabwe.

Ketua Pegawai Eksekutif PICSB, Edmund Lim Meng Thong, berkata pihaknya menetapkan sasaran eksport yang tinggi untuk beberapa tahun akan datang serta menambah tenaga kerja dalam pasukan jualan dan pemasaran serantau.

image.png

"Kami teruja dengan perkembangan di Automotive High Tech Valley (AHTV) yang akan meningkatkan keupayaan pengeluaran untuk memenuhi permintaan antarabangsa yang kian meningkat," katanya.

Sejak 1986, PROTON telah memulakan eksport ke Bangladesh dan pada 1992 menjadi francais kereta baharu paling pesat berkembang di United Kingdom dengan jualan tahunan mencecah 15,000 unit. Menjelang awal 2000-an, model Proton berada di 64 negara seluruh dunia.

PROTON secara strategik mengalihkan tumpuan kepada pasaran serantau berpertumbuhan tinggi seperti ASEAN, China, India, Timur Tengah, dan Afrika Utara.

Untuk makluman, PROTON telah mengeksport 20,169 unit kenderaan ke 19 buah negara sejak 2020, menjadikannya pengeksport kenderaan terkemuka dari Malaysia.

image.png

Tiga model PROTON yang paling tinggi unit eksport sejak 2020 adalah Proton Saga dengan 10,998 unit, Proton X50 dengan 3,986 unit, dan Proton X70 dengan 3,316 unit. 

Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 telah mendapat sambutan hangat, melonjak ke tempat ketiga dalam jualan eksport tahun ini. 

image.png

Sejak eksport bermula ke Nepal dan Trinidad & Tobago, sebanyak 233 unit telah dihantar dan pada Disember 2024, model ini telah mengekalkan jualan kukuh dengan 916 unit terjual pada Mei untuk pasaran domestik dan antarabangsa, menjadikan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 3,632 unit.

Sehubungan itu, Proton  kekal komited untuk meluaskan kehadiran globalnya dengan memperkenalkan model dan teknologi baharu ke pasaran antarabangsa.

Gallery

Tag:

proton saga
Proton eMAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026