Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Didedah? Apa Yang Baharu? Ini 5 Perkara Tentang Proton X50 Facelift 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Pada bulan lepas, Proton mendedahkan Proton X50 Facelift 2025 kepada pihak media dan kami juga berkesempatan memandu uji keupayaan Proton X50 serba baharu.

Seperti sedia maklum, Pendaftaran Minat (ROI) untuk Proton X50 Facelift 2025 sudah pun dibuka namun pelancaran rasmi mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Apa yang diketahui setakat ini, Proton X50 Facelift 2025 akan dilancarkan suku ketiga tahun ini dan akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu: Executive, Premium dan Flagship.

Mengenai harga, ia masih belum didedahkan kerana perkara itu hanya akan diketahui sejurus majlis pelancarannya nanti.

Seperti biasa, Proton masih berdiam diri tentang harga dan tarikh pelancaran, tetapi kami yakin pelancarannya tidak lama lagi, mungkin dalam beberapa minggu akan datang.

Untuk makluman model X50 RC 2024 berharga RM86,300 (Standard), RM93,300 (Executive), RM101,800 (Premium) dan RM113,400 (Flagship dengan enjin TGDi).

Dengan penawaran yang lebih ringkas dan penggunaan enjin baharu secara menyeluruh, harga permulaan X50 Facelift dijangka lebih tinggi daripada varian Standard yang telah dihentikan – dijangka sekitar RM90,000.

Di sebalik itu, mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai mengapa facelift? Namun tahukah anda,  lebih 134,000 unit terjual sejak Proton X50 diperkenalkan pada Oktober 2020.

Sejak itu, SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut dan sudah menjalani beberapa versi facelift.

Begitupun kali ini ia menerima penambahbaikan yang agak ketara baik sehinggakan ia kelihatan cukup berbeza berbanding model-model facelift sebelum ini.

Apapun, ini 6 Perkara yang ada wajib tahu tentang Proton X50 Facelift 2025, berikut adalah perinciannya:

image.png

1. REKA BENTUK LEBIH BERKOTAK?

Jika dibandingkan dengan Proton X50 yang pertama kali dilancar dan versi facelift lain, model Proton X50 Facelift 2025 kali ini kelihatan tampak berbeza kerana bagi pandangan penulis, rekaannya lebih berkotak.

Jika melihat bahagian hadapannya, ia menerima perubahan yang agak ketara kerana gril di atas yang agak nipis hadir dengan jalur merah manakala bampar bawah pula agak besar serta hadir dengan kemasan bucu berbentuk L.

Selain itu, ia kini hadir denga lampu depan jenis LED reflektor jenis nipis dimana tiada lagi jenis projector manakala spoiler belakang juga dilihat lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian sisinya pula, ia hadir dengan rim bersaiz 17 dan 18 inci namun bergantung kepada varian.

image.pngimage.pngimage.png

Melihat dari sisi belakang pula, model facelift ini sebenarnya telah diberikan sentuhan semula kerana rekaan lampu belakang jenis lebar manakala pintu baru dengan kedudukan nombor plat yang lebih ke bawah. Malah, bampar belakang juha diberikan kemasan berbentuk L, sekali gus membuatkanya agak menyerlah.

Tidak ketinggalan, diffuser besar serta seperti biasa, ia masih diberikan empat ekzos.

2. KABIN DIOLAH KAW-KAW?

image.png

Selain penampilan yang jenis berkotak dan kelihatan kompak, perubahan ketara sebenarnya boleh dilihat di dalam kabinnya.

Sebaik melangah masuk  ke dalam kabinnya, penulis agak terkesima kerana bahagian dalaman kenderaan ini telah dinaik taraf dengan ketara semata-mata mahu memberikan pengalaman yang lebih premium.

Ini kerana bahagian papan pemuka, konsol tengah dan sisi pintu dibaluti dengan material yang lembut sehinggakan warnanya yang perang membuatkan anda tidak berasa anda sedang duduk di dalam Proton X50.

Ketika membelek kabinnya, model Flagship ini, ia turut dilengkapi dengan paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, dimana buat julung kalinya, ia hadir dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.

image.png

Satu lagi yang ketara adalah ia kini hadir dengan'column shifter' yang sebenarnya diinspirasikan daripada kereta mewah dan tidak dinafikan ia diinspirasikan dari kenderaan elektrik (EV)  termasuk Proton e.MAS 7. 

Pendek kata, papan pemuka dan konsol tengah juga sebenarnya  telah direka semula sepenuhnya, kini lebih ringkas dan tersusun. Varian Flagship turut menampilkan pad pengecas tanpa wayar dan ruang penyimpanan barangan seluas 10 liter di bahagian bawah.

Apa yang terbaharu ialah ia juga hadir dengan pelindung matahari kaca depan untuk varian Flagship yang sememangnya amat diperlukan rakyat Malaysia.

image.png

Selain itu, terdapat juga  Aplikasi ProtonLink 2.0, kamera 360 darjah, Kombinasi Meter 8.88 inci, lampu ambien 72 warna, penghawa dingin dengan penapis N95, Navigasi Online, WiFi 4G, kemasan dua warna, ada bumbung panaromik dan banyak lagi.

Satu lagi adalah aplikasi PROTON Link 2.0 terkini dimana ia meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan pendingin hawa dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis – semuanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.

3. YANG PENTING ADA APPLE CARPLAY, ANDROID AUTO!

image.png

Seperti mana kereta-kereta China lain, Proton X50 Facelift 2025 ini juga hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto! Lagipun, ciri ini menjadi satu keperluan penting yang perlu ada ada setiap kereta baharu.

Apa tidaknya,  dua platform sambungan popular itu membolehkan pengguna mengakses fungsi telefon pintar mereka melalui skrin infoainmen kereta, sekaligus menjadikan pengalaman memandu selamat dan efisien.

Ia membolehkan pemandu menggunakan navigasi (Google Maps, Waze), melihat mahupun membalas mesej (WhatApps, Telegram) sehinggalah perkhidmatan muzik (Spotify, Apple Music, YouTube Music). 

Jadi, Proton X50 Facelift juga diberikan dengan kedua-dua sokongan itu demi mengikuti trend semasa.

image.png

Ciri ini sebenarnya boleh diaktifkan melalui skrin sentuh baharu bersaiz 14.6 inci yang terbesar dalam segmennya, terletak di tengah papan pemuka X50 Facelift yang direka semula sepenuhnya. Ia dikuasakan oleh pemproses empat teras dengan RAM 6GB dan storan 64GB serta Sistem Operasi Android 10.

Apa yang penting,  kedua-duanya (Apple CarPlay dan Android Auto) boleh digunakan secara wayarles. 

4. DISUMBAT ENJIN BAHARU?

Ya, Proton X50 Facelift 2025 kini menerima enjin baharu iaitu enjin petrol turbo i-GT 1.5 TD 4-silinder baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif.  

Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu  memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus  mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. 

Selain itu, Ketika kami sempat pandu uji seketika, model ini hadir dengan  tempat mod pemanduan: ‘Normal’, ‘Sport’, ‘Eco’ dan mod baharu ‘Adaptive’.

image.png

Proton turut mendakwa penjimatan bahan api meningkat sebanyak 4.7%, tetapi itu bukanlah yang paling menarik.

Kami difahamkan, operasi enjin baharu kali ini lebih jauh lancar berbanding unit 3-silinder sebelum ini. Ia dipadankan dengan tahap penindasan NVH (bunyi, gegaran, kekasaran) yang dipertingkatkan sejak model X50 RC.

image.pngimage.png

Sesi pandu uji 10 minit di litar Shah Alam Proton sudah cukup untuk menilai tahap keselesaan baharu ini. Ini satu aspek yang pasti membuatkan  ramai yang teruja dengan  X50 Facelift.

5. ADA ADAS

Seperti diketahui umum, Proton X50 Facelift 2025 juga hadir dengan sistem bantuan ADAS  termasuk ciri seperti Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pertukaran Lorong (LDW), dan Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan. 

Ciri-ciri ADAS ini direka untuk meningkatkan keselamatan pemanduan dan membantu pemandu mengelakkan kemalangan namun hakikatnya,pemandu masih bertanggungjawab untuk memandu dengan selamat.

image.pngimage.png

Model ini juga hadir dengan  keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2 yang dipertingkat melalui sistem ADAS baharu dengan susunan sensor optik dan radar yang lebih canggih.

Sensor ini membolehkan parkir automatik yang lebih tepat (lurus dan selari), paparan ‘lutsinar’ melalui kamera 360 darjah, fungsi Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), dan pelbagai lagi ciri baharu.

Kami juga sempat menguji sistem parkir automatik, ia nyata memudahkan bagi mereka yang kurang arik dalam meletakkan kereta di Kawasan parkir.

image.pngimage.png

Dengan adanya ciri ini, ini menjadikan SUV segmen-B  ini menjadi lebih pintar sekali gus menjadikannya lebih selamat dan praktikal untuk kegunaan harian.

Difahamkan, PROTON bakal memulakan aktiviti prapelancaran pada 5 Julai ini. Acara berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri baharunya serta menerima tempahan awal daripada bakal pembeli.

Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 hadir dalam lima warna: Teal Bayou Green, Jet Grey, Snow White, Armour Silver dan Passion Red.


Gallery

Tag:

Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran:  161,000 Unit Terjual

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026
Berita Auto
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto
Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian

Proton X50 Serba Baharu Dilancarkan Di Brunei, 3 Varian

Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) memperkenalkan Proton X50 Serba Baharu di Brunei , semalam.

16-01-2026
Berita Auto
Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026
Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto
Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.

19-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026