Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fakta Menakutkan: Apa yang Berlaku Pada Kereta Anda Apabila Anda Terlelap Sesaat?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-06-08T145129.649.png

Ramai pemandu menganggap memejamkan mata untuk "satu saat cuma" ketika mengantuk bukanlah satu masalah besar. Namun, realitinya sangat menakutkan. Pada kelajuan 90 km/j, jika anda terlelap selama 5 saat, kenderaan anda sebenarnya sudah bergerak buta sejauh 125 meter!

Jarak itu sudah lebih daripada cukup untuk meragut nyawa.

Perkongsian kesedaran oleh Public Health Malaysia (PHM) ini hadir susulan tragedi menyayat hati yang mengorbankan enam sekeluarga, termasuk seorang bayi, di Kampung Baru, Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah, semalam.

"Dalam masa yang sama, tragedi seperti ini membuatkan ramai orang mula tertanya-tanya. Adakah kemalangan sebegini boleh berlaku akibat microsleep? Adakah sistem bantuan pemandu seperti ADAS mampu membantu dalam situasi seperti ini?

"Jawapan yang paling bertanggungjawab ialah, kita tidak boleh membuat kesimpulan awal. Punca sebenar kemalangan perlu disahkan melalui siasatan pihak berkuasa. Kita tidak wajar meneka, menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum maklumat rasmi dikeluarkan," tulisnya.

image.png

Apa Sebenarnya Microsleep?

Ia bukan sekadar rasa mengantuk biasa. Menurut PHM, microsleep adalah fasa di mana otak anda 'terpadam' (switch off) seketika tanpa anda sedari.

"Pada kelajuan 90 km/j, kenderaan bergerak 25 meter dalam masa satu saat sahaja. Kalau otak terlelap 5 saat, kereta dah lajak 125 meter. Itu sudah cukup untuk kereta tersasar lorong, lambat brek, dan mencetuskan impak maut yang tidak boleh diubah lagi."

Kereta Canggih (Sistem ADAS) Boleh Selamatkan Kita?

Ramai yang bertanya: "Kalau kereta ada sistem keselamatan moden, boleh ke elak eksiden macam ni?"

Teknologi seperti ADAS (Advanced Driver Assistance System) memang dilengkapi fungsi pintar seperti:

  •  Amaran keluar lorong (Lane Departure Warning)

  •  Bantuan brek kecemasan (Emergency Braking)

  •  Sistem mengekalkan kenderaan dalam lorong

Namun, teknologi bukan 'tuhan' di jalan raya. PHM menegaskan sistem ini mempunyai hadnya. Keberkesanannya sangat bergantung kepada keadaan cuaca, kejelasan garisan jalan, kelajuan, dan fungsi sensor waktu itu.

"Sebab itu, jangan sampai kita salah faham. Kereta boleh semakin canggih. Sensor boleh semakin banyak.
 Brek boleh semakin pintar. Tetapi apabila seseorang memandu dalam keadaan terlalu letih, bila mata mula berat, bila otak mula hilang fokus walaupun beberapa saat, jarak yang pendek pun boleh menjadi sangat berbahaya.

"Microsleep bukan sekadar mengantuk biasa. Ia berlaku apabila otak “terpadam” seketika tanpa kita sedar," katanya.

 Kenali Tanda Amaran Tubuh (Sebelum Terlambat!)

Jangan biarkan ego memandu menguasai diri. Sila berhenti dengan segera jika anda mula mengalami tanda-tanda ini:

  1. Kepala mula tersengguk-sengguk (mengangguk).

  2. Kereta mula 'makan jalan' atau tersasar dari lorong.

  3. Terlepas simpang atau susur keluar yang sepatutnya.

  4. Blank! Anda langsung tak ingat apa yang berlaku sepanjang beberapa kilometer terakhir.

Mesej Penting Untuk Semua Pemandu

Jika badan sudah menghantar isyarat penat, berhentilah di tempat yang selamat. Ambil masa untuk tidur seketika (power nap), bertukar pemandu, atau sambung perjalanan hanya selepas badan anda benar-benar segar. Biar lambat, asalkan selamat sampai ke pangkuan yang tersayang.

Gallery

Tag:

Advanced Driver Assistance Systems (ADAS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu

Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu

Pendaftaran minat (ROI) untuk model ini sudah pun dibuka walaupun Proton X50 Facelift 2025 masih belum dilancarkan secara rasminya.

01-07-2025
Pandu Uji
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025

7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025

Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.

05-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026