Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu. Maklumat ini diumumkan dalam laporan awal Pasukan Petugas Khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).


Hilang Kawalan Akibat Kelajuan Berlebihan


Analisis kinematik menunjukkan bas dipandu pada kelajuan 117 km/j ketika kemalangan, sedangkan kelajuan maksimum dibenarkan hanya 60 km/j. Kegagalan mematuhi had laju menyebabkan pemandu hilang kawalan, mengakibatkan kenderaan tergelincir dan terbalik ke kiri jalan.


"Kenderaan terbalik ke sisi kiri sebelum bergesel dan menghentam penghadang jalan jenis W-beam, yang kemudiannya menembusi ke dalam ruang kabin sehingga menyebabkan kecederaan parah serta kematian dalam kalangan penumpang.


image.png


Pemandu bas pelajar UPSI, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39


"Walaupun pemandu mendakwa berlaku kegagalan sistem brek, siasatan setakat ini belum mengesahkan sebarang kerosakan teknikal.


"Pemeriksaan awal mengenal pasti tanda-tanda kemungkinan pemanasan melampau pada komponen brek, namun keadaan ini juga boleh berpunca daripada penggunaan brek yang berlebihan atau tidak sesuai.


"Penilaian terperinci masih dijalankan dan akan dilaporkan dalam Laporan Akhir," kata laporan itu.


Faktor Lain Menyumbang Kepada Keparahan Kemalangan


Selain kelajuan berlebihan, laporan menekankan beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko serta tahap keseriusan kemalangan:


  • Reka bentuk jalan kurang sesuai dengan laluan berbukit dan selekoh tajam, tiada pembahagi fizikal, garisan tengah yang jelas dan papan tanda amaran mencukupi yang menyebabkan pemandu sukar menjangka risiko awal.
  • Penghadang jalan jenis W-beam tidak mematuhi piawaian keselamatan semasa dan rekaannya menyebabkan struktur penghadang menembusi kabin bas, memburukkan kecederaan.
  • Ketiadaan peranti kawalan kelajuan dan pemantauan seperti SLD atau GPS aktif menyukarkan pengesanan dan kawalan pemanduan laju.
  • Tiada sistem kekangan penumpang seperti tali pinggang keledar yang mempertingkatkan risiko kecederaan serius ketika hentaman berlaku.

Kelemahan Tadbir Urus Industri Pengangkutan Pelancong


image.png


Laporan turut membongkar amalan pengendalian tidak sah dan ketidakpatuhan serius terhadap peraturan, termasuk pemajakan lesen tanpa kebenaran dan manipulasi dokumen pengawalseliaan. Keadaan ini mencerminkan kelemahan struktur tadbir urus industri pengangkutan pelancong dengan pematuhan rendah dan pengawasan tidak mencukupi.


Lebih membimbangkan, kedua-dua pemandu bas terlibat mempunyai rekod kesalahan lalu lintas yang tinggi, termasuk lebih 18 saman belum dijelaskan oleh pemandu pertama dan lebih 20 saman gabungan oleh pemandu kedua. 


Kekurangan Ciri Keselamatan Memburukkan Keadaan


image.png


Ketiadaan tali pinggang keledar dan kegagalan struktur kabin untuk melindungi penumpang ketika impak menjadi faktor utama kecederaan serius dan kematian tinggi.


"Penembusan penghadang jalan ke dalam kabin di zon impak utama, di mana majoriti mangsa berada, adalah faktor fizikal yang kritikal dalam menentukan kebolehselamatan mangsa,” laporan itu menegaskan.


Kekurangan Pemantauan dan Ketidakselarasan Agensi Penguatkuasaan


image.png


Laporan turut mendedahkan kelemahan dalam pemantauan proaktif dan kurang koordinasi antara agensi penguatkuasaan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pelancongan. Ketiadaan teknologi pemantauan masa nyata menyebabkan pengendali tidak patuh terus beroperasi tanpa dikesan dan tindakan awal.

Sumber: Berita Harian

Tag:

Tragedi UPSI
Bas UPSI
Kemalangan UPSI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.

19-06-2025
Berita Auto

Nahas Bas UPSI: Mangsa Dedah Bas Dipandu Laju, Ada Bau Hangit!

Sewaktu kejadian dia tidak tidur dan mendakwa bas dinaiki dia dan rakan-rakannya itu berbau hangit selain bergerak laju di jalan raya berkenaan.

09-06-2025
Berita Auto

Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

09-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026