Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi. Mujur, kejadian itu  tidak mengorbankan sebarang nyawa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila  Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 20 tahun di lorong kanan Kesas.

Difahamkan, Perodua Alza itu turut dinaiki dua lagi penumpangnya.

Secara tiba-tiba Perodua Alza itu telah dirempuh dari belakang oleh MPV Kia Karnival dipandu lelaki berusia 20 tahun bersama dua penumpangnya.

“Akibat rempuhan tersebut, Perodua Alza telah hilang kawalan dan terbabas di sebelah kiri jalan lalu terbakar keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, sebuah treler dipandu lelaki berusia 43 tahun di lorong tengah tidak dapat mengelak lalu melanggar serpihan kedua-dua MPV terlibat itu.

image.pngimage.png

Ujarnya, akibat kemalangan pemandu dan penumpang Perodua Alza telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.

“Pemandu MPV lain pula menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Tiada sebarang kecederaan serius melibatkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Gallery

Tag:

Perodua Alza
Kia Carnival
MPV
KESAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Warga Emas Maut Terkena Besi Longshaft

Seorang warga maut akibat terkena besi longshaft seberat 100 kilogram yang tercabut daripada sebuah lori di Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

24-11-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Berita Auto

Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

09-06-2025
Berita Auto

FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

20-03-2025
Berita Auto

Murid Sekolah Cedera Dilanggar Kereta

Mangsa cedera akibat terperosok di bawah MPV berkenaan.

21-02-2025
Berita Auto

Kemalangan Tular: Seorang Pelajar Cemerlang Maut

Gara-gara Alza makan jalan, seorang remaja terkorban.

03-02-2025
Berita Auto

Suami Isteri Maut: 5 Beradik Jadi Yatim Piatu Angkara Pemandu Mabuk!

Suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, yang dipandu lelaki mabuk.

17-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026