Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: BYD Seal 2025, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM171K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, BYD Sime Motors akhirnya melancakan secara rasminya, BYD SEAL 2025 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

image.png

Ia  hadir dalam dua varian iaitu Premium RM171,800 manakala Performance pula, RM191,800.

Apa yang menarik, 300 pelanggan terawal akan menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis serta rebat pelancaran istimewa.

Bagi yang ingin tahu mengenai BYD Seal 2025, ia hadir dengan reka bentuk yang cukup menawan manakala bahagian kabin pula menawarkan pelbagai ciri moden dan menarik.

image.pngimage.png

Mana tidaknya, BYD Seal 2025 ini sebenarnya menerima beberapa penambaikan dari segi reka bentuk termasuk menawarkan pelbagai ciri menarik.

Antaranya ialah tirai  suria kuasa elektrik untuk bumbung matahari panoramik, akses tanpa kunci (NFC BYD dan Kunci Bluetooth), pemegang kaca mata serta diserlahkan lagi melalui rim aloi 19-inci baharu.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 15.6 inci dan boleh berputar. Hadir dengan sokongan CarPlay serta Android Auto. Tidak Ketinggalan, ia juga hadir dengan 12 speaker Dynaudio, ada arahan suara, lampu ambien, kerusi berventilasi, pengecas wayerles dan banyak lagi

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, ia berukuran berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm, jarak roda pada 2,920mm.

image.png

Untuk makluman anda, varian Premium (RWD) dikuasakan motor elektrik dimana ia mampu kuasa setakat 308hp dan tork 360Nm .

Untuk itu, ia mampu memecut dari dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam masa 5.9 saat. Ia yang disumbat dengan bateri berkapasiti 82.5kWh mampu melakukan perjalanan sejauh 570 kilometer mengikut kitaran WLTP, 

image.pngimage.png

Bagi varian Performance (AWD)pula, ia yang menggunakan bateri 82.5kW mampu memghasilkan kuasa setakat  523hp dan 670Nm tork.Bagaimanapun, ia hanya boleh bergerak sejauh  520 kilometer (WLTP), tetapi ia boleh berdesup dari 0 ke 100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.8 saat.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 150kW, mengambil masa tempoh 37 minit bagi pengecasan dari 10-80%.

image.pngimage.png

Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan pelbagai ciri termasuk  sistem kamera resolusi tinggi 360 darjah, sistem bantuan pemanduan tercanggih (ADAS) terdiri daripada Amaran Pelanggaran Berdepan, Brek Kecemasan Automatik dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, warna, BYD SEAL 2025 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Aurora White, Altantis Grey, Cosmos Black dan Shark Grey (baharu).

Untuk keterangan lanjut, layari https://byd.simemotors.my/.

Gallery

Tag:

BYD
BYD SEAL PERFORMANCE
BYD Seal 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V

BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna.

10-10-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
Berita Auto

BYD Buka Kilang Di Tanjung Malim, Mulakan CKD Pada Suku Kedua Tahun Depan

BYD Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membuka kilang pemasangan kereta secara tempatan di Tanjung Malim, Perak.

22-08-2025
Global

Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China

Persaingan antara syarikat automotif China kini semakin sengit apabila Geely dilaporkan sudah mula ‘mendekati’ pesaing utamanya, BYD.

15-08-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
EV

BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!

Pengeluar automotif China, BYD, sekali lagi mencatatkan sejarah dengan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit ke-13 juta.

22-07-2025
EV

BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?

BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2.

21-07-2025
EV

Berita Terkini

Kereta Baru

VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.

08-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.

03-10-2025
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 PHEV CSH & Tiggo 8 PHEV CSH Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV Termurah Malaysia? Dari RM129K

Chery Malaysia secara rasmi telah melancarkan dua buah kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) terbaru untuk pasaran Malaysia, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

03-10-2025
Kereta Baru

Dilancar: GAC Emkoo CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM123,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) akhirnya melancarkan GAC Emkoo CKD secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi

03-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.

01-10-2025
Kereta Baru

Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888

Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan.

01-10-2025