Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia)  melancarkan versi khas run-out bagi model Swift Sport generasi ketiga (kod casis: ZC33S) untuk pasaran tempatan.

Untuk makluman, versi yang  dinamakan sebagai ‘Final Edition’ sebenarnya tidak sama dengan  ‘ZC33S Final Edition’ yang dilancarkan oleh Suzuki di pasaran Jepun pada tahun lalu. 

Bagaimanapun, pengumuman mengenai ‘Final Edition’ ini sebenarnya amat bermakna buat para peminat untuk mendapatkan hot hatch ikonik keluaran pengeluar dari Hamamatsu ini secara rasmi  melainkan anda memilih untuk membeli melalui laluan import semula atau import selari (grey import).

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, Naza Eastern Motors menampilkan rekaan istimewa dengan garisan pelekat berwarna emas pada bonet, pintu, dan bampar hadapan.

Selain itu, terdapat juga lencana tulisan ‘Sport’ yang disepadukan pada pelekat pintu. Kesemua ini dilengkapkan dengan warna luaran eksklusif Pearl Super Black, selain dipadankan dengan rim.  16 inci  yang hadir secara standard.

Terdapat penambahbaikan pada edisi ini iaitu ia hadir dengan kemasan  ekzos bertekstur karbon, visor pintu seperti yang terdapat pada edisi khas ‘Silver Edition’, serta lencana khas ‘Malaysia Final Edition 68 Swift Sport’ pada pintu hadapan dan penutup but belakang.

Sebenarnyam angka ‘68’ merujuk kepada ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-68 tahun ini. Pelancaran ini juga bertepatan dengan karnival jualan Merdeka kumpulan Naza.

Melihat kabinnya, ia hadir dengan panel trim gentian karbon tempa baharu, skrin sesentuh Soundstream 10 inci yang menggantikan unit asal 7 inci.  Malah, sistem audio enam pembesar suara masih dikekalkan.

image.png

Selain perubahan kosmetik ini, tiada sebarang perubahan mekanikal dilakukan.  Pendek kata, model khas ini masih mengekalkan enjin petrol turbo K14C 1.4L 4-silinder yang menghasilkan 140 HP dan 230 Nm, dipacu ke roda hadapan (FWD) melalui kotak gear automatik 6-kelajuan.

Tiada pilihan transmisi manual ditawarkan untuk edisi khas ini, tetapi kotak gear automatik tersebut hadir dengan paddle-shifters bagi kawalan tambahan.  Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 KM/J  hanya dalam8 saat dengan kelajuan maksimum 205 KM/J.

image.png

Difahamkan, terdapat beberapa ciri dikekalkan daripada model Swift Sport standard termasuk lampu hadapan projektor LED, lampu kabus halogen, sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula, paparan kluster multi-info, serta kawalan pendingin hawa automatik.

Dari aspek keselamatan, Suzuki Swift Sport Final Edition tempatan ini masih menawarkan enam beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek kecemasan, kawalan kestabilan elektronik (ESP), serta bantuan mula mendaki (hill-hold assist).

Dari segi harga, model CBU (Completely Built-Up) yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM137,900 tanpa insurans. Harga ini menjadikannya RM7,900 lebih mahal berbanding model CBU Swift Sport biasa, tetapi RM4,000 lebih murah berbanding edisi khas Silver Edition.

Harga tersebut turut merangkumi waranti kilang 3 tahun atau 100,000 KM yang ditawarkan oleh Naza Eastern Motors.

Memandangkan ini adalah edisi run-out, pihak pengedar tidak menyatakan jumlah unit yang akan ditawarkan.

Namun begitu, dijangka stok adalah terhad, jadi mereka yang berminat dinasihatkan untuk segera membuat tempahan di bilik pameran rasmi syarikat tersebut.

Gallery

Tag:

Suzuki Swift Sport ZC33S Final Edition
Suzuki Swift 2024
Naza Eastern Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

19-12-2024
Kereta Baru

18-11-2025
Berita Auto

31-10-2025
Kereta Baru

18-09-2025
Berita Auto

26-05-2025
Berita Auto

15-04-2025
Kereta Baru

30-07-2024
Kereta Baru

22-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026