Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gangguan Elektrik Di KLIA 2: Menteri Arah Siapkan Laporan Dalam 24 Jam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan meyifatkan gangguan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 disifatkan tidak boleh diterima sama sekali kerana menjejaskan imej negara.

Itu kata  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika beliau menghadiri majlis pelancaran "Tap, Travel and Discover" anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.

Menurut Loke, dalam sektor pengangkutan awam, sebarang gangguan teknikal melebihi 15 minit dikategorikan sebagai gangguan besar, apatah lagi berlaku di pintu masuk utama negara.

image.png

"Seperti biasa, saya hadir (majlis) 15 minit lebih awal. Saya tiba di KLIA2 jam 2.10 petang, program sepatutnya bermula tetapi tertangguh sehingga 2.35 petang. Saya dapati berlaku gangguan elektrik hampir 20 minit.

"Apa yang berlaku ini tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Loke berkata gangguan itu menyebabkan banyak sistem tidak berfungsi, termasuk terminal gelap dan eskalator terhenti, walaupun papan maklumat masih beroperasi.

"Perkara seperti ini memberi imej sangat buruk kepada negara. Sepatutnya sistem sokongan berfungsi, tetapi mengapa ia tidak aktif? Ini mesti dijawab," katanya.

Sehubungan itu, Loke mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan gateway@klia2 menyediakan laporan penuh dalam tempoh 24 jam mengenai punca insiden berkenaan.

"Saya tidak mahu mendengar alasan atau tuding-menuding. Saya mahu penyelesaian segera dan jaminan perkara ini tidak berulang," tegasnya.

Terdahulu, gangguan elektrik itu turut menyebabkan kesesakan di kawasan eskalator selain menjejaskan urusan jual beli di premis perniagaan.

Gallery

Tag:

Anthony Loke
KLIA 2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.

26-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025
Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

30-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto