Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

Bagaimanapun, syarikat  itu tidak mendedahkan imej penuh SUV kompak segmen-B ini, tetapi hanya memuat naik siluet kenderaan tersebut dalam bentuk samar. Hanya terpancar kedua-dua lampu depan dan logo Suzuki.

image.png

Walaupun berasal daripada pembangunan bajet oleh rakan kongsi Suzuki dari Jepun yang berpangkalan di India, iaitu Maruti Suzuki, Fronx sebenarnya  tidak menjanjikan rupa mahupun harga  ‘murah’. 

untuk makluman anda, model ini sudah pun  diperkenalkan di Indonesia di mana ia turut dipasang secara tempatan (CKD).

image.png

Di negara tersebut, Suzuki Fronx ditawarkan dalam tiga varian utama – GL, GX dan SGX – dengan dua pilihan rangkaian kuasa termasuk versi mild-hybrid (MHEV) bagi varian GX dan SGX. Semua varian ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

image.pngimage.png

Enjin petrol MHEV 1.5 liter 4-silinder ini dipadankan dengan bateri lithium-ion 12-volt dan generator pemula bersepadu (ISG), dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  101 PS dan 135 NM.

Varian asas GL pula menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder tanpa elektrifikasi, dengan kuasa 105 PS dan tork 138 NM.

Dari segi saiz, Suzuki Fronx berukuran 3,995 Mmm panjang, 2,520 mm jarak roda, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi. Sebagai perbandingan, saiznya hampir setara dengan Perodua Ativa, serta Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross yang baru dilancarkan.

image.png

Melihat luaran  Fronx dari Indonesia, model ini dilihat  dilengkapi dengan lampu utama LED sepenuhnya dan DRL, kawalan iklim automatik, penukar gear paddle-shifter, pad pengecas tanpa wayar, serta pelbagai ciri ADAS termasuk kamera parkir dan pandangan 360 darjah.

Walaupun kita sekurang-kurangnya tahu apa yang boleh dijangkakan dari segi kelengkapan dan ciri, namun apa yang belum pasti adalaha adakah   Naza Eastern Motors akan membawa masuk Suzuki Fronx secara import sepenuhnya (CBU) atau dipasang secara tempatan (CKD).

Memandangkan syarikat induk Naza Auto tidak lagi memiliki atau mengendalikan kilang pemasangan, maka, kita mungkin akan menerima versi import sepenuhnya dari Indonesia.

image.png

Apa yang menjadi persoalan sekarang, bilakah ia akan dilancarkan? Jawapannya masih belum diketahui.

Namun, memandangkan teaser telah dimuat naik sekarang, kemungkinan besar Suzuki Fronx akan dilancarkan sekitar suku keempat  tahun ini.

Harga pula masih menjadi tanda tanya. Sebagai rujukan, Honda WR-V dijual pada harga RM89,900, manakala Chery Tiggo Cross pula berharga RM88,800 (1.5 Turbo) dan RM99,800 (1.5 Hybrid).

Sementara itu, Perodua Ativa ditawarkan pada harga antara RM62,500 (X) hingga RM73,400 (AV, dua tona).


Gallery

Tag:

Suzuki Fronx
Naza eastern
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Kereta Baru
Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.

18-11-2025
Kereta Baru
Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026