Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pihak Proton mengadakan satu sesi pratonton eksklusif untuk para pengamal media mengenai kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5, pada awal minggu lalu. 

Apa yang menarik, Proton e.MAS 5 akan menjadi salah satu  hatchback EV paling mampu milik yang pernah dijual di pasaran tempatan.

image.pngimage.png

Selepas pembentangan, kami cuma diberikan selama 30 minit untuk membelek bahagian luaran dan dalaman  prototaip pra-pengeluaran yang tidak dilitupi dengan pelekat dan satu lagi unit dipenuhi dengan pelekat penyamaran.

Berikut adalah 6 perkara yang kami ringkaskan!

1. KECIL TETAPI BUKANLAH KECIL SANGAT!

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Melihat bahagian luarannya,  Proton e.MAS 5 ini sememangnya bersaiz kecil namun ia tidaklah begitu kecil.  Walaupun ukuran model ini tidak didedahkan namun versi asal berjenama Geely Star Wish  dilaporkan berukuran panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm.

image.png

Nampak gayanya, Proton  e.MAS 5 ini sebenanya hampir sama saiz dengan Proton Iriz 1.3 Standard, yang sedikit lebih pendek (3,945 mm), sempit (1,740 mm) dan rendah (1,554 mm). Sebagai perbandingan lain, Perodua Myvi 1.3G juga lebih pendek (3,895 mm), sempit (1,735 mm) dan rendah (1,515 mm) berbanding e.MAS 5.

Akhirnya, ukuran jarak roda adalah yang paling penting. Dengan jarak roda 2,650 mm, saiz  e.MAS 5 sebenarnya melebihi Iriz (2,555 mm) dan Myvi (2,500 mm). Inilah yang mungkin menjelaskan fakta seterusnya, dan membuktikan EV ini jauh daripada kategori ‘comel’.

2. KABIN SANGAT LUAS?

image.pngimage.png

Walaupun saiznya kecil namun anda jangan terpedaya!

Ini kerana bukaan pintu 65 darjah membolehkan  sesiapa sahaja, tidak kira tinggi, gemuk atau kurus, janji Bawah 6 kaki sudah membolehkan anda kelua masuk dengan mudah .

image.png

Apa yang mengejutkan, Ketika saya melabuhkan punggung di kerusi belakang, bukan sahaja luas tetapi cukup selesa. Ini adalah satu kelebihan jarang yang ditemui kepada mana-mana hatchback yang bersaiz kecil.

Berdasarkan pemerhatian saya, dengan menyumbat tiga orang dewasa sebenarnya tidak menjadi masalah namun hakikatnya untuk keselesaan yang lebih sempurna, dua orang sudah memadai dan  seorang kanak-kanak.

image.png

Selain itu, ketika membelek bahagian kabinnya, model ini sebenarnya hadir dengan kemasan tempat duduk kulit sintetik yang empuk, Ada penghawa dingin di belakang – satu kelebihan besar dan terdapat port pengecas USB di belakang. 

Pendek kata, Proton e.MAS 5 cukup mesra penumpang belakang. Buat masa ini, kami yakin ruang dan keselesaan kabin akan memenuhi jangkaan ramai.

3. SANGAT PRAKTIKAL!

image.pngimage.png

Apa yang paling win mengenai kereta ini adalah reka bentuk dalamanannya kerana ia menawarkan 32 ruang penyimpanan.

image.pngimage.png

Melihat bahagian hadapannya,  terdapat kotak sarung tangan termasuk di ruang pintu ruang simpanan di perehat tangan tengah dan bahagian konsol tengah. Turut hadir ialah dua pemegang cawan dan slot telefon pintar di hadapan perehat tangan.

image.pngimage.png

Di belakang, terdapat poket belakang kerusi, ruang pintu, dan slot peranti yang terbina pada perumah ventilasi pendingin hawa belakang. Malah ada ‘laci’ bersaiz  28 liter di lantai tempat duduk belakang. Untuk apa ruang ini digunakan, kami tidak pasti.

image.pngimage.png

Malah Proton e.MAS 5 juga dilengkapi pintu but berkuasa elektrik. Ruang butnya berkapasiti 375 liter dan ia boleh  dibesarkan hingga 1,320 liter dengan merebahkan kerusi belakang. Tidak ketinggalan, ia turut mempunyai ruang simpanan depan (frunk) 70 liter.

4. SARAT DENGAN CIRI TEKNOLOGI

Bagi sebuah kereta kecil, e.MAS 5 menawarkan pelbagai ciri seperti  panel instrumen digital interaktif 8.8 inci, dan skrin infotainmen tengah 14.6 inci yang besar. Ia dikuasakan cip automotif baharu dimana kedua-duanya dikatakan ‘terbaik dalam kelas’.

image.pngimage.png

Skrin ini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar selain tidak perlu mengemas kini perisian OTA. Turut menjanjikan ialah ‘Peta Pengecasan Langsung’ terbina dan sistem arahan suara dwibahasa.

Pemilik smart Automobiles dan e.MAS 7 pasti menghargai ciri peta tersebut, manakala sistem suara ini adalah hasil pembangunan ‘Aisyah’ iaitu sistem arahan suara dalam Bahasa Melayu yang turut ada pada Proton X50  facelift 2025.

Selain itu, terdapat kemudahan premium seperti kemasukan tanpa kunci, butang mula enjin, dan aplikasi sambungan telefon pintar.

image.png

5. PELBAGAI CIRI KESELAMATAN

Seperti sedia maklum, Proton kini turut menitikberatkan soal ciri keselamatan. Untuk itu, model ini juga diberikan enam beg Udara, brek ABS dan disertakan dengan  ‘G-TCS’ – sistem kawalan cengkaman semua cuaca baharu.

Selain itu, terdapat 12 ciri ADAS yang membawakan pemanduan separa autonomi Tahap 2. Antaranya Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB). Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Tukar Lorong (LCA).

image.png

Malah, terdapat juga, Pengesan Titik Buta, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), Amaran Bukaan Pintu, Bantuan Brek Kecemasan dan banyak lagi.

6. KELAJUAN, JARAK EV BOLEH TAHAN?

Proton tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai trenkuasa,  prestasi, atau jarak pemanduan. Mereka hanya menonjolkan motor elektrik ‘11-dalam-1’ yang dipasang di belakang dan memacu roda belakang.

Sebagai rujukan, versi asal Geely di China menawarkan kuasa maksimum 116 HP dan 150 Nm, sekali gus membolehkan ia memecut dari  0-50 km/j hanya dalam 3.9 saat.

image.pngimage.png

Bateri LFP daripada CATL turut digunakan, tetapi kapasiti tidak diumumkan. Versi Geely menawarkan pilihan 30.12 kWh atau 40.16 kWh. Versi lebih besar menjanjikan jarak 410 km mengikut CLTC, namun angka sebenar di dunia nyata mungkin lebih rendah. Pengecasan pantas DC pada 86 kW membolehkan cas 30-80% dalam 21 minit, manakala kelajuan pengecasan AC belum didedahkan.

image.png

Difahamkan,  Proton  akan mempamerkan e.MAS 5 menerusi jelajah khas ‘MISI 5’.


Gallery

Tag:

proton e.MAS5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Pihak Proton akhirnya mendedahkan satu lagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5.

08-08-2025
Kereta Baru
Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru
Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru
Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru
Proton X50 Facelift 2025  Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru
BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru
Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru
BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga  𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025