Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-20.jpg


Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx Hybrid. Model yang menampilkan reka bentuk ranggi ini ditawarkan pada harga jualan bermula dari RM147,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


Ciri Mekanikal Suzuki Fronx


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-13.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-12.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-11.jpg


Fronx dikuasakan oleh enjin petrol hibrid empat silinder K15C 1.5 liter, dengan output 103PS dan tork 138 Nm. Sistem hibrid ini menggunakan bateri lithium ion 12V-10Ah untuk meningkatkan kecekapan, bersama tangki berkapasiti 37 liter, crossover ini boleh mencapai julat pemanduan WLTP lebih 700 km.


Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik 6 kelajuan bersama pedal penukar gear. Sistem suspensi yang digunakan ialah MacPherson strut di bahagian depan dan torsion beam di bahagian belakang. 


Reka Bentuk Suzuki Fronx


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-18.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-17.jpg


Fronx direka dengan saiz badan kompak yang membuatkannya sesuai untuk pemanduan bandar. Ia memiliki panjang keseluruhan 3,995 mm, lebar 1,765 mm, tinggi 1,550 mm dan jarak roda 2,520 mm. Sementara itu, jarak kelegaan tanahnya pula mencecah 170 milimeter, tinggi seperti sebuah SUV. 


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-3.jpg


Ukurannya meletakkannya sebagai pesaing kepada model-model lain di pasaran Malaysia seperti Perodua Ativa, Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross. 


Secara keseluruhannya, reka bentuk model ini kelihatan ranggi, menarik untuk segmen pengguna muda atau mereka yang berkeluarga kecil. 


Untuk pencahayaan, Fronx menggunakan lampu LED sepenuhnya di depan dan belakang termasuk lampu DRL. Di bahagian depan, lampunya kelihatan menawan dengan rekaan terbelah (split). Model ini dipasangkan dengan gril hitam bersama aksen krom. Gaya ranggi diserlahkan dengan lampu kehadiran rel bumbung dan plat pelindung bawah badan (skid plate). 


Suzuki Fronx ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna termasuk dwi-tona seperti Rising Orange + Cool Black, Savanna Ivory + Cool Black dan Ice Grayish Blue + Cool Black serta satu tona iaitu Pearl Mellow Deep Red, Cool Black, Pearl Snow White dan Magma Gray.


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-19.jpg


Yang menariknya, sehingga 31 Disember ini, pembeli boleh memilih untuk mendapatkan pakej aksesori percuma merangkumi visor pintu, bakul bumbung (roof basket) dan rak bumbung (roof rack) yang menaikkan lagi 'seri' jentera. 


Kabin Suzuki Fronx 


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-9.jpg


Fronx dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang boleh disambungkan dengan mudah kepada Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri lain adalah termasuk sistem paparan pelbagai info 4.2 inci, papar pandu (HUD) serta kamera 360 darjah. 


web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-10.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-8.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-6.jpgweb_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-7.jpg


Dalam aspek keselesaan, model ini didatangkan dengan sistam kawalan pendingin hawa automatik dan corong pendingin hawa belakang. Ruang kabinnya juga tampil premium dengan upholsteri kulit sintetik dan kemudahan pengecasan tanpa wayar. 


Selain itu, fungsi kawalan jelajah dan ruang but 304 liter menjadikan Fronx sebuah crossover yang praktikal.


Teknologi Keselamatan Suzuki Fronx


Fronx 2025 hadir dengan sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS) yang termasuk ciri seperti Dual Sensor Brake Support II (DSBS II), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pemantau Titik Buta (BSM), dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).


Ia turut dilengkapi pakej bantuan lorong penuh seperti Amaran dan Pencegahan Keluar Lorong (LDW & LDP), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Tukar Lorong (LCA), serta Amaran Olengan Kenderaan dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA).


Ciri ini melengkapkan lagi pakej keselamatan standard yang disediakan seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESP®), Kawalan Pegun Bukit (HHC), dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Ciri keselamatan tambahan lain adalah seperti kamera 360 darjah dan bantuan lampu suluh tinggi. 


Suzuki-Fronx-ASEAN-NCAP-CAricarz-(10).jpg


Suzuki Fronx telah menerima penarafan sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan markah keseluruhan 77.70 poin di bawah protokol ujian yang terkini.


Harga Jualan & Pakej Waranti Suzuki Fronx Malaysia


Suzuki Fronx Hybrid ditawarkan pada harga RM147,888 tanpa insurans. Harga jualan ini sudah termasuk waranti kenderaan selama 3 tahun atau 100,000 km, serta waranti bateri hibrid selama 5 tahun atau 100,000 km.


WhatsApp-Image-2025-11-18-at-3.10.31-PM.jpeg


Seperti yang didedahkan, sempena pelancarannya, pelanggan yang menempah Suzuki Fronx Hybrid sebelum 31 Disember berpeluang memilih antara tiga tawaran menarik iaitu rebat tunai RM4,000, pelan servis percuma selama 3 tahun, atau pakej aksesori original yang merangkumi rak bumbung, bakul bumbung, dan penghadang angin pintu.

web_CariCarz_SN_Whatsapp_Suzuki-Fronx-Hybrid-launch_-15.jpg

Tag:

Suzuki Malaysia
Suzuki Fronx
Naza Eastern Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

Suzuki eVitara pula dikatakan akan dilancar tidak lama lagi.

20-08-2025
Kereta Baru
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.

22-04-2024
Kereta Baru
Swift Sport: RM146K

Swift Sport: RM146K

Suzuki Swift Sport Silver Edition masuk Malaysia.

27-10-2023
Pandu Uji
[PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu

[PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu

CariCarz berpeluang untuk menguji Suzuki Jimny Rhino. Ini pendapat jujur kami...

05-10-2023
Global
Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Kereta Baru
Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru
Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru
Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900

Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.

25-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026