Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Di Lebuhraya Dash: Pelajar Kolej Maut, Tercampak Dari Ketinggian 21 Meter

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lagi maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter di  jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Shah Alam, kelmarin.

Kejadian itu merupakan kemalangan maut kedua di lokasi sama dalam tempoh setahun. Kali ini,  mangsa yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari jejambat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Persiaran Mokhtar Dahari.

"Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di lokasi berkenaan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan jejambat.

"Kejadian mengakibatkan mangsa tercampak ke bawah pada ketinggian 21 meter dan jatuh di kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa," katanya.

image.png

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit.

Terdahulu, pada   24 Julai lalu, seorang pemuda berusia 23 tahun turut terbabas di selekoh tersebut sebelum terjatuh ke bawah jejambat dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Gallery

Tag:

Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (DASH)
kemalanganmaut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelajar Tercampak Dari Jejambat DASH, Ini Kata Prolintas

PROLINTAS mengakui struktur di bahagian selekoh bertingkat dibina mengikut spesifikasi diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.

25-08-2025
Berita Auto

Lelaki Maut, Tercampak Dari Flyover Setinggi 21 Meter

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh dari jejambat (flyover) setinggi kira-kira 21 meter, di Susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis lalu.

26-07-2025
Berita Auto

LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya Prolintas.

02-05-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di Lebuh Raya DASH

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat tercampak ke bawah lebuh raya DASH.

26-02-2025
Berita Auto

Orang Lain Pun Kerja, Sempat Je Perbaharui Cukai Jalan

Seorang lelaki yang memandu kereta Ferrari 488 Spider ditahan gara-gara menggunakan cukai jalan tamat tempoh.

26-06-2023
Berita Auto

Padah, Lumba Haram Di DASH

Pihak polis sudah mencekup dua mekanik yang didapati berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Shah Alam, semalam.

28-02-2023
Berita Auto

Tular Video Aksi Drift Di Hadapan Plaza Tol DASH

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan seorang pemandu kereta jenis Nissan 180SX melakukan aksi drift di hadapan plaza tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

27-02-2023
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Jelapang: Keluarga Mangsa Rayu Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam

Pihak keluarga memohon saksi kejadian atau individu yang mempunyai rakaman dashcam tampil membantu siasatan.

13-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026