Link Copiedcheck_circle
EV

Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula  memperkenalkan EX5 di pasaran yang sama sekali gus menyaingi pembeli yang mahu membeli EV di negara terbabit.

Geely yang memegang pasaran sebanyak 49.9% di Proton dijangka akan menggunakan jenama Proton untuk mengeksport model  pemanduan sebelah kanan (RHD) mereka. Namun lain pula jadinyaa apabila kumpulan itu  memasuki pasaran RHD di bawah jenama Geely, walaupun di pasaran kecil seperti Nepal.

image.png

Apa yang menarik di sini ialah walaupun  kedua-dua kenderaan hampir serupa dari segi reka bentuk dan kelengkapan, kami yakin Proton e.MAS 7 tetap pilihan yang lebih baik untuk pembeli di Nepal. 

Ini kerana apabila EX5 dipratonton  antara kebimbangan utama kami adalah suspensinya yang terlalu lembut. Ia dirasakan tidak sesuai untuk jalan yang lebih kasar dan tidak rata.

image.pngimage.png

Namun lain pula buat, Proton e.MAS 7 kerana model ini telah melalui penambahbaikan tambahan dari segi pengendalian dan keselesaan bagi menyesuaikan untuk semua permukaan keadaan jalan yang mencabar sekali gus  menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan harian di luar lebuh raya.

Untuk makluman, SUV ini dikuasakan oleh motor 160 kW (215 HP) dan bateri LFP Short Blade 60.2 kWh, dengan jarak pemanduan sejauh 530 KM CLTC. Ia mampu memecut  dari 0 ke 100 km/j hanya dalam  masa 6.9 saat.

EV ini menampilkan reka bentuk moden dan aerodinamik dengan pencahayaan LED, skrin infotainmen 15.4 inci, kluster digital 10.2 inci, serta ciri pintar seperti pengecasan tanpa wayar, arahan suara, dan bumbung suria panoramik.

Ia turut dilengkapi dengan pakej keselamatan lengkap termasuk enam beg udara, pemantauan titik buta, dan AEB.

Geely EX5 di Nepal secara rasmi hadir dalam dua varian, Pro dan Max, dimana masing-masing dijual pada harga NPR5.8 juta (RM186,000) dan NPR6.8 juta (RM218,000).

image.png

Namun begitu, pada harga yang hampir sama, Proton turut menawarkan e.MAS 7 dalam dua varian iaitu Prime dan Premium  masing-masing dijual pada harga NPR5,699,000 (RM183,000) dan NPR6,799,000 (RM218,000). Ia turut menawarkan dua pilihan bateri berkapasiti  49.52 kWh (345 KM WLTP) dan 60.22 kWh (410 KM WLTP).

Berdasarkan laporan kami sebelum ini, sambutan awal terhadap e.MAS 7 dilihat cukup  memberangsangkan memandangkan  lebih 50 unit telah dihantar ke Nepal sebelum pelancaran.

Pengedar Proton di Nepal ialah Jagdamba Motors, manakala Geely EX5 dibawa masuk oleh LRR Motors.

Dalam pasaran EV yang pesat berkembang seperti Nepal, di mana 73% daripada jumlah jualan kenderaan pada tahun 2024  terdiri daripada EV, kerana pembeli dilihat lebih setia dengan jenama.

Nampaknya antara EX5 dan e.MAS 7, pembeli di Nepal kini ditawarkan dengan dua pilihan. Jadi, sesi pandu uji adalah sangat digalakkan untuk menilai mana satu yang paling sesuai untuk keadaan jalan di negara itu.




Gallery

Tag:

Geely EX5 Nepal
Geely EX5
Proton e.MAS 7
Nepal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
EV

Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya

Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.

08-07-2025
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV