Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC00045-full.jpg


Tindakan menghentikan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia, adalah satu kesilapan besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif. 


Kos & Cabaran Dapatkan Slot F1


Menurut beliau, kita kini berdepan dengan kesukaran untuk membawa kembali perlumbaan tersebut ke Sepang kerana terdapat senarai menunggu yang panjang dan kos yang tinggi untuk mendapatkan slot dalam kalendar F1.


SIC pernah menerima anggaran yuran perlumbaan sebanyak USD70 juta (RM279 juta) bagi setiap edisi daripada pemilik F1, Liberty Media, belum termasuk kos persediaan yang mencecah RM10 hingga RM20 juta setiap acara. Oleh itu, keseluruhan kos membawa balik perlumbaan boleh mencecah lebih RM300 juta setahun, lapor New Straits Times. 


dcc1729se60.jpg


Selain SIC, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan sektor korporat juga berminat membawa kembali perlumbaan F1 ke Malaysia. Beliau menekankan bahawa kejayaan penganjuran perlumbaan ini memerlukan kerjasama antara kementerian, sektor korporat dan pihak hotel, sama seperti model penganjuran F1 di Singapura.


Persiapan Perbaharui Kontrak MotoGP


Dalam masa sama, SIC sedang bersiap sedia berunding bagi pembaharuan kontrak penganjuran MotoGP bersama Dorna Sports. Azhan menegaskan mereka tidak mahu mengulangi kesilapan melepas F1 dengan melakukan perkara sama untuk acara MotoGP.


SIC-full.jpg


SIC melaporkan bahawa pelaburan dalam MotoGP memberi pulangan sebanyak 6.3 kali ganda kepada Malaysia menurut kajian impak ekonomi tahun lalu. Namun, Azhan mengingatkan bahawa ia memerlukan masa untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang optimum walaupun untuk acara popular seperti MotoGP.


Azhan juga menekankan bahawa penganjuran F1 dan MotoGP bukan sekadar acara SIC semata-mata, tetapi ia adalah acara kebangsaan yang melibatkan semua pihak berkepentingan. Kejayaan acara sebegini terletak pada kerjasama erat semua institusi yang terbabit.


Malaysia akan terus menganjurkan MotoGP di Sepang dan kali ini, SIC menyasarkan lebih 200,000 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan pada 24 hingga 26 Oktober depan.

Sumber: New Straits Times

Baca: Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?

Tag:

F1 Sepang
Formula 1
Sepang International Circuit (SIC)
Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Koleksi Hot Wheels Formula 1 Didedahkan – Diecast Realistik & Set Litar Canggih

Mattel Inc. telah melancarkan koleksi diecast dan set permainan Hot Wheels baharu yang bertemakan Formula 1 (F1) untuk tahun 2025.

28-01-2025
Berita Auto

Jom Saksi F1 & Himpunan 70 Ferrari Di Pavilion Bukit Jalil Hujung Minggu Ini

Jom penuhkan hujung minggu ini dengan mengunjungi acara F1 Viewing Party & saksi himpunan kereta Ferrari. Ini butirannya...

30-06-2023
Berita Auto

Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu

Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.

20-02-2023
Berita Auto

Tourism, Litar Antarabangsa Petronas Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Pelancongan Sukan

Sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 ,Tourism Selangor menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS Sepang International Circuit (PETRONAS SIC).

16-10-2024
Berita Auto

Bukan Lagi SIC

SIC dijenamakan semula.

02-11-2023
Berita Auto

Perhatian! Tiket MotoGP Sudah Mula Dijual Hari Ini

SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia.

14-09-2023
Berita Auto
Berita Auto

SIC Ditutup, Perbaharui Homologasi FIM

Litar Antarabangsa Sepang yang sudah ditutup sejak Mac lalu sebenarnya bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan semula.

05-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026