Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-08-22-at-8.22.32-PM.jpeg


Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan. Model yang pernah membuat penampilan sulungnya di Malaysia di acara Malaysia Autoshow 2025 bulan Mei lalu, ditawarkan dalam tiga varian iaitu RWD Standard, RWD Long Range dan AWD Performance. Harga jualannya bermula daripada RM179,800.


Model ini berdiri pada ukuran 4,787 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,650 mm tinggi dengan jarak roda 2,900 mm dan diposisikan sebagai pesaing bagi kenderaan elektrik (EV) lain seperti Tesla Model Y (RM195,450 – RM242,450), BYD Sealion 7 (RM183,800 – RM199,800) dan XPeng G6 (RM168,000 – RM188,000). 


Rekaan Zeekr 7X


thumb-(10)-(8).jpg


Dari segi rekaan, model yang dibangunkan di atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA) oleh Geely ini tampil futuristik dengan garis halus pada sisi kiri dan kanan hud, menghubungkan panel fender secara harmoni. 


Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Crystal White, Onyx Black, Tech Grey, Forest  Green dengan satu pilihan warna tema kabin iaitu hitam. Varian AWD Performance didatangkan dengan satu lagi warna lain (dengan caj tambahan) iaitu gabungan Brooke Blue dan dengan bumbung perak serta pilihan warna kabin sama ada ungu atau putih. Rim tempaan berukuran 21 inci turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan. 


Ciri Mekanikal Zeekr 7X


1754991338-zeekr-brochure-final-images-5.jpg1754991338-zeekr-brochure-final-images-6.jpg


Dari segi prestasi, Zeekr 7X ditawarkan dalam dua pilihan pacuan iaitu RWD dan AWD. Untuk versi RWD yang terdiri daripada varian Standard dan Long Range, dilengkapi motor elektrik tunggal di bahagian belakang yang menghasilkan kuasa 416 hp dan tork 440 Nm, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6 saat. 


Sementara itu, versi AWD pula menjanjikan prestasi lebih mantap dalam varian Performance. Varian ini hadir dengan dua motor yang menghasilkan sehingga 637 hp dan 710 Nm tork, menjadikan masa pecutan kepada hanya 3.8 saat. 


Dari segi jarak pemanduan, varian Standard menawarkan sehingga 480 km, varian Long Range mencapai  615 km, manakala varian Performance sehingga 543 km mengikut piawaian WLTP.


Dari aspek teknologi pengecasan, Zeekr 7X dibangunkan berdasarkan platform elektrik 800 volt yang canggih. Kesemua varian menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, untuk pengecasan pantas DC, varian Standard menyokong sehingga 450 kW, sementara varian Long Range dan Performance menyokong sehingga 420 kW. 


Varian AWD Performance turut dilengkapi dengan sistem suspensi udara aktif, peredam adaptif CDC, sistem kawalan traksi yang diagihkan (dTCS)


Kabin Zeekr 7X


IMG-20250719-WA0224.jpg

IMG-20250719-WA0211.jpgIMG-20250719-WA0206.jpgIMG-20250719-WA0214.jpgIMG-20250719-WA0219.jpg

IMG-20250719-WA0204.jpgIMG-20250719-WA0229.jpg


Bahagian dalaman Zeekr 7X dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk skrin infotainmen Mini-LED 3.5K 16 inci, sistem audio 21 pembesar suara dengan teknologi Zeekr Sound Pro System, tempat duduk kulit Nappa (AWD Performance) serta tempat duduk penumpang yang dilengkapi fungsi pengudaraan, memori dan urutan. Ciri menarik lain ialah pencahayaan ambien 256 warna RGB yang merangkumi 11 zon lampu. 


Ciri Keselamatan Zeekr 7X


Dalam aspek keselamatan, kenderaan ini mempunyai ciri-ciri canggih seperti Sistem ADAS Tahap 2.5 yang termasuk pertukaran lorong automatik, kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, amaran perlanggaran hadapan dengan brek autonomi, amaran pembukaan pintu, pengesanan titik buta dan bantuan parkir automatik.


Baca: Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran


Pembelian & Jaminan


Zeekr 7X ditawarkan pada harga RM179,800 (RWD Standard), RM190,800 (RWD Long Range), dan RM226,800 (AWD Performance). Pembelian termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km serta perkhidmatan sambungan percuma selama 1 tahun untuk akses aplikasi Zeekr, navigasi dalam kenderaan dan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA).

Pakej keistimewaan pemilik turut disertakan dengan pengecas dinding (wallbox) 22kW dan tinted cermin percuma.

1754991338-zeekr-brochure-final-images-8.jpg

Tag:

Zeekr
Zeekr Malaysia
Zeekr 7X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025
Kereta Baru

Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

19-08-2025
Berita Auto

Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.

15-08-2025
Global

SUV PHEV Zeekr 9X: Kuasa Setanding Tiga Enjin W12, Bateri 70 kWj!

Jenama kenderaan elektrik premium dibawah Geely, Zeekr, telah mendedahkan secara rasmi model hibrid plug-in (PHEV) pertamanya, SUV Zeekr 9X.

11-08-2025
EV

Skandal Auto: Neta & Zeekr Manipulasi Jualan Dengan 'Kereta Terpakai 0 Kilometer'?

Neta dan Zeekr kini sedang disiasat kerana didakwa memanipulasi angka jualan mereka dengan menginsuranskan kenderaan yang belum terjual.

22-07-2025
Berita Auto

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

30-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Zeekr Tayang SUV Mewahnya, Zeekr 9X

Zeekr turut mengambil kesempatan menayangkan model terbaharunya, SUV ultra mewah, Zeekr 9X sempena Press Day Auto Shanghai 2025, pagi tadi.

23-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian

Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

20-10-2025
Kereta Baru

Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!

Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT.

14-10-2025
Kereta Baru

VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.

08-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025