Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY G9, baru-baru ini.

Untuk makluman, GWM WEY G9 ini telah pun didedahkan dua kali di Malaysia namun masih belum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan. 

Terbaharu GWM Malaysia sekali lagi mendedahkan model tersebut di halaman  Facebooknya dan secara terang-terangan ia sebenarnya adalah pesaing terdekat, Toyota Alphard dan Vellfire .

image.pngimage.png

Berdasarkan imej teaser itu,  nampaknya GWM Malaysia akan melancarkan secara rasminya GWM WEY G9 tidak lama lagi.

Selain nama baharu dan perkataan "coming soon",   tiada butiran lain didedahkan setakat ini.

image.png

Apa yang pasti, WEY G9 akan hadir dengan trenkuasa elektrifikasi.

Ia dikhabarkan akan menggunakan enjin petrol turbo 1.5L 4-silinder bersama dua motor elektrik, satu di depan dan satu lagi di belakang.

Model berkenaan dikatakan akan disumbat dengan  pek bateri berkapasiti  37.96 kWh. Untuk itu, ia mampu ia menghasilkan 487 PS dan menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 140 km mengikut piawaian CLTC.

image.pngimage.pngimage.png

Selain itu, GWM WEY G9 untuk pasaran Malaysia dijangka menawarkan pelbagai ciri utama seperti kerusi kapten baris kedua dengan fungsi urut, skrin infotainmen besar 15.6 inci dengan sistem operasi Coffee OS 3 generasi baharu GWM, dan banyak lagi.

Mengenai tarikh pelancaran, GWM Malaysia pada awalnya menyasarkan suku ketiga tahun ini. Jika rancangan tidak berubah, tempahan dijangka akan dibuka selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Menegnai harga, ia masih menjadi tanda tanya. Sebagai rujukan, UMW Toyota Motor menjual Alphard pada harga RM538,000 dan Vellfire pada RM438,000.

image.png

Saingan rapat lain ialah GAC M8, yang telah dibuka untuk tempahan sejak Mei lalu dengan anggaran harga RM333,000.

Jadi, dijangka model GWM ini akan dijual jauh lebih rendah berbanding kedua-dua jenama  Toyota itu  namun hampir setara  dengan pesaing dari GAC.


Gallery

Tag:

GWM Malaysia
GWM WEY 80 PHEV MPV
GWM Wey G9
SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026