Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

Penyiaran gambar itu menunjukkan bayangan bahawa syarikat terbabit sudah bersiap sedia untuk melancarkannya di Malaysia tidak lama lagi.

image.png

Bagaimanapun, Motor Image tidak mendedahkan banyak maklumat dalam hantaran tersebut, namun laman pratonton rasmi  syarikat berkenaan menampilkan banyak butiran teknikal dimana perkara itu sudah dilaporkan ketika debut global model generasi terbaharu itu pada November 2023.

image.pngimage.png


Selain itu, syarikat tersebut turut mengadakan pratonton eksklusif khas untuk pelanggan awal di bilik pameran utama Subaru Petaling Jaya, semalam.  Selepas itu, pihak syarikat ada mengesahkan rancangan untuk meneruskan pratonton di bilik pameran terpilih mulai 27 September.

Serentak dengan itu, pra-jualan (tempahan) kini dibuka, walaupun harga rasmi masih belum diumumkan. Dijangka harganya akan hampir dengan model terdahulu sebelum facelift—bermula sekitar RM164,288.

Bercakap tentang model terdahulu, Motor Image turut menawarkannya dengan promosi pelepasan stok istimewa termasuk penjimatan sehingga RM27,000, beserta pakej penyelenggaraan menyeluruh selama 5 tahun.

Beralih kepada model generasi keenam  itu, ia kini menggunakan Subaru Global Platform yang dipertingkat dengan kekakuan kilasan meningkat sehingga 10%. Dari segi rekaan, Forester baharu tampil dengan “floating roof”, serta lampu hadapan dan belakang yang direka semula.

image.pngimage.png

Dari segi saiz, Forester baharu ini sedikit lebih besar. Ia kini 31 mm lebih panjang pada 4,656 mm dan 14 mm lebih lebar pada 1,829 mm. Ketinggian 1,730 mm dan jarak roda 2,670 mm pula kekal sama seperti sebelumnya.

Menjengah bahagian kabinnya,  rekaan papan pemuka menyerupai model Subaru kontemporari lain. Ia menampilkan stereng dan tombol gear yang sudah dikenali serta skrin infotainmen tengah berorientasi potret dengan antaramuka kawalan pendingin hawa bersepadu.

image.pngimage.png

Selain itu, menurut laman pratonton, unit Forester generasi keenam untuk pasaran Malaysia akan dikuasakan oleh trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) yang sudah dikenali—enjin petrol 2.5 liter Boxer 4 silinder rata dengan output 182 hp dan 247 Nm.

Seperti biasa, enjin ini akan dipadankan dengan transmisi automatik Lineartronic CVT dan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD, iaitu teknologi ikonik Subaru.

image.png

Antara kelengkapan lain termasuk Dual X-Mode, sehingga lapan beg udara di kabin, pakej Subaru EyeSight 4.0 ADAS dengan sokongan kamera stereo, kamera parkir 360 darjah, pad pengecas tanpa wayar, pintu but belakang berkuasa, dan banyak lagi.

image.png

Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan oleh Motor Image dalam beberapa minggu lagi.


Gallery

Tag:

Subaru Forester
Motor Image Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru

Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.

22-10-2025
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...

16-02-2024
Global

Subaru Forester Masuk AS

Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.

17-11-2023
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.

06-11-2023
Berita Auto

Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K

Harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester, diturunkan.

24-08-2023
Video

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

09-08-2023
Berita Auto

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.

09-05-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025