Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON memperkenalkan Kempen Servis Ihsan MADANI, sebuah inisiatif yang bertujuan meringankan kos pemilikan kenderaan serta menggalakkan amalan pemanduan lebih selamat dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Kempen ini berlangsung dari 11 September hingga 11 November 2025 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah program Malaysia MADANI, menunjukkan kesungguhan PROTON dalam menjaga kepentingan dan keperluan pelanggan.

image.png

Menerusi kempen ini, pemilik model Proton PIES iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga boleh menikmati pakej servis asas pada harga promosi tetap RM145.00 bagi Pakej Semi-Sintetik dan RM198.00 bagi Pakej Sintetik Penuh selain berpeluang menikmati penjimatan sehingga 30%.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima pemeriksaan keselamatan 40 poin secara PERCUMA di semua pusat servis sah PROTON, meliputi komponen penting seperti brek, bateri, pengelap cermin dan pelbagai semakan kritikal lain yang direka supaya kenderaan sentiasa dalam keadaan terbaik dan pemandu lebih yakin ketika memandu.

Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Ainol Azmil Abu Bakar berkata, “Kempen Servis Ihsan MADANI mencerminkan usaha PROTON untuk memudahkan pemilikan kenderaan dan memberi ketenangan kepada rakyat Malaysia.

image.png

"Dengan menyokong aspirasi program Malaysia MADANI, PROTON bukan sahaja menawarkan servis yang lebih mampu milik, malah turut menitikberatkan aspek keselamatan dan tanggungjawab di jalan raya.

"Inisiatif ini membuktikan komitmen PROTON dalam menjaga kepentingan pelanggan sambil menyokong pembangunan mobiliti negara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Selepas Jualan Proton Edar, Wan Hazran Wan Mustafa turut menegaskan, “Kempen ini membolehkan pelanggan menikmati pakej servis yang lebih kompetitif berbanding bengkel dengan tambahan pemeriksaan keselamatan40 poin secara percuma.

"Ia adalah sebahagian daripada usaha PROTON untuk memberikan nilai tambah serta memastikan tahap kepuasan pelanggan sentiasa terpelihara," jelasnya.

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu servis, boleh melayari www.proton.com atau hubungi pusat servis PROTON yang berdekatan.


Gallery

Tag:

Kempen Servis Ihsan Madani
Proton Saga
Proton Exora
Proton Persona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026