Link Copiedcheck_circle
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hampir setahun selepas membuat penampilan sulung global pertamanya di Paris Motor Show 2024, Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

Di Thailand, Leapmotor menawarkan tiga varian dengan harga bermula sekitar bawah RM100,000.

image.png

Sama seperti model C10, B10 spesifikasi Thai ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China, dan hadir dengan dua pilihan bateri, iaitu unit LFP 56.2 kWh. Untuk itu, ia mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 470 km (NEDC).

image.png

Bagi  bateri berkapasiti LFP 67.1 kWh pula, mampu memberikan  jarak pemanduan 560 km (NEDC).

image.pngimage.pngimage.png

Difahamkan, kedua-dua varian menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) tunggal.

Model spesifikasi rendah mampu menghasilkan kuasa 179 PS dan 175 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 9.3 saat, manakala versi lebih berkuasa menawarkan kuasa setalat 218 PS dan 240 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j hanya dalam 6.8 saat.

Dari segi pengecasan, semua varian B10 menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 89 kW, dengan pengecasan pantas membolehkan bateri 56.2 kWh dicas dari 30-80% hanya dalam masa 19 minit, manakala bateri 61.7 kWh mengambil masa sekitar 20 minit.

Walaupun tidak banyak gambar  didedahkan, B10 spesifikasi Thai kelihatan hampir sama seperti versi yang dilihat di China dan Eropah.

Ia menampilkan rekaan utama yang serupa, termasuk lampu utama LED nipis, bampar hadapan ringkas, panel badan bulat, rim berbilang jejari, dan banyak lagi.

image.png

Sebagai SUV EV segmen-C jenama ini, Leapmotor B10 berukuran 4,515 mm panjang dengan jarak roda 2,735 mm, lebar 1,885 mm, dan tinggi 1,655 mm.

Saiz ini meletakkannya sedikit lebih kecil berbanding SUV EV segmen-C popular lain di Thailand seperti Geely EX5 (Proton e.Mas 7), Neta X, GAC Aion V, Deepal S05, dan yang lain.

Dari segi kejuruteraan, B10 dibangunkan bersama Stellantis untuk menawarkan pengendalian dan keselesaan yang lebih baik.

Model ini menggunakan platform CTC 2.0 (Cell-to-Chassis) sama seperti C10. Namun, masih belum dipastikan sama ada B10 spesifikasi Thai akan dilengkapi penyerap hentak talaan Maserati seperti yang terdapat pada C10 spesifikasi tempatan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, butiran lanjut dan  harga rasmi  Leapmotor B10 di Thailand akan diumumkan pada bulan Oktober menjelang pelancaran rasmi pasaran.

Di China, Leapmotor B10  dijual pada harga bermula 109,800 yuan (RM64,816). Sekiranya Stellantis Malaysia berjaya memulakan operasi CKD untuk B10, kita boleh menjangkakan harga B10 di Malaysia akan hampir sama dengan harga pasaran China.

Gallery

Tag:

Leapmotor
Leapmotor B10 EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026