Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.

image.png

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.

image.png

“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

image.png

Ahmad Mukhlis berkata, seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Tujuh lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM sebelum pihak bomba tiba,” katanya.


Gallery

Tag:

Proton X70
Nissan Trail
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,

05-06-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

Proton X70 Facelift 2025, Model Pertama Proton Ada Android Auto, Apple CarPlay

Proton X70 Facelift 2025 merupakan model pertama Proton menerima kemas kini over-the-air (OTA) untuk Apple CarPlay dan Android Auto.

14-01-2025
Berita Auto

Kepengerusian ASEAN 2025: Selain Proton e.MAS 7, Proton X70 Turut Diguna

Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 dan 194 Proton X70 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama.

12-01-2025
Berita Auto

Masih Ramai Rakyat Malaysia Pilih Proton, Patutlah Jualan Proton Mencanak Lebih 152K Tahun Lepas

PROTON mencatatkan prestasi luar biasa apabila menamatkan tahun 2024 dengan jumlah jualan sebanyak 152,352 unit bagi pasaran domestik dan eksport.

07-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025