- Berita
- Berita Auto
- RON95 RM1.99, Ramai Mula Renew Lesen, Tahniah!
Nampaknya ramai mula kecut perut apabila kerajaan memberi amaran bagi mana-mana individu yang tidak memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 sekali gus menyebabkan ramai sudah mula mengerumuni kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui lesen masing-masing.
Susulan itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Negeri Sembilan, diihat agak sesak pelanggan, namun keadaan masih terkawal.
Difahamkan, kebanyakan yang hadir di kaunter JPJ bertujuan untuk memperbaharui lesen memandu.
Rata-rata individu memberikan pelbagai alasan termasuk jarang memandu, ada yang lupa dan tidak kurang juga yang mengakui tidak mempunyai masa untuk memperbaharui lesen.
Apapun, tindakan kerajaan mengehadkan pemberian subsidi petrol RON95 wajar dipuji kerana sudah ramai mula memperbaharui lesen masing-masing.
Kerajaan sebenarnya bukanlah mahu mengehadkan RON95 tetapi dengan adanya lesen memandu sah, ia adalah satu-satunya membuktikan kemahiran dan pengetahuan anda tentang peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kemalangan di jalan raya.
Terdahulu media melaporkan, rakyat tempatan yang gagal memperbaharui lesen memandu lebih daripada tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik menerusi program BUDI95.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/