Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

10 Jalan Di Klang Ditutup Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa laluan utama di sekitar Klang akan ditutup bermula esok hingga 29 September serta 1 Oktober hingga 2 Oktober sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Istana Alam Shah, Klang..

Menurut Polis Klang Selatan, penutupan jalan akan berkuat kuasa dari jam 8 pagi esok hingga selesai bagi melancarkan perjalanan istiadat serta menjaga keselamatan semua pihak.

"Jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Tengku Diaudin ke Jalan Istana, Jalan Istana ke Bulatan Simpang Lima, Jalan Istana ke Jalan Stadium Sultan Suleiman, Jalan Istana ke Lorong Tingkat, Jalan Istana ke Jalan Pegawai, Jalan Istana ke Jalan Tengku Kelana 2, Jalan Bulatan Simpang Lima ke Jalan Bukit Istana.

"Dua jalan ditutup secara berperingkat iaitu Jalan Dato' Hamzah ke Jalan Tengku Kelana dan Jalan Raja Jumaat ke Jalan Istana.

Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz pada Khamis depan, di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah, 22 Oktober depan.



Gallery

Tag:

Klang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-09-2024
Berita Auto

06-08-2024
Berita Auto

20-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026