Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga  RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.

image.pngimage.png

Varian single motor ini datang dengan spesifikasi Ultra paling tinggi. Ia menggunakan motor elektrik magnet generasi kedua yang dibangunkan sendiri oleh Volvo, dipasang di gandar belakang.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 175 kW (238 hp) dan 420 Nm selain mampu memecut dari0- 100 km/j hanya  dalam masa 7.3 saat.

Difahamkan, bateri berkapasiti 70 kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP). Dengan pengecasan pantas DC, baterimya boleh dicas dari 10% ke 80% hanya dalam 26 minit .

image.pngimage.png

Untuk makluman, warna baharu Sand Dune ditawarkan buat kali pertama pada EC40, selain  menampilkan tona metalik.

Warna ini mula diperkenalkan pada EX90 model tahun 2025.

Menjengah bahagian, ia tidak menggunakan material kulit sebaliknya digantikan dengan balutan Charcoal Connect suede textile dan Charcoal Microtech bagi menampakkan ia lebih premium dan mesra alam.

Malah, panel papan pemuka dan pintu kini ditambah kemasan Cutting Edge, memberikan imej lebih moden dan tajam. 


EC40 single motor juga menerima sistem antaramuka generasi baharu yang mula diperkenalkan pada EX30. Rekaan ini lebih ringkas serta mesra pengguna.

Selain itu, terdapat juga aparan dipertingkatkan pada skrin tengah 9 inci (Google built-in) dan paparan pemandu 12.3 inci.

Sementara itu, Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, Chris Tan berkata, Volvo EC40 merupakan model elektrik sepenuhnya yang kedua yang ditawarkan di Malaysia.

"Volvo, EC40 ini agak  menyerlah dengan rekaan Skandinavia moden yang diinspirasikan era elektrik. Disebabkan permintaan pelanggan, kami kini tawarkan pilihan motor tunggal dan kembar bagi memenuhi pelbagai keperluan serta tahap komitmen pemilikan," katanya.

Seperti semua model Volvo lain, EC40 dilengkapi pakej penuh Safe Space Technology termasuk sistem bantuan pemandu terkini, teknologi elak pelanggaran, dan struktur badan diperkukuh untuk melindungi penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Bagi pelanggan yang menempah EC40 single motor baharu, Volvo Car Malaysia menawarkan insurans tahun pertama percuma bernilai RM5,600 dan baucar pengecas wallbox bernilai RM5,000.

Maklumat lanjut mengenai Volvo EC40 dan model lain Volvo boleh didapati di http://www.volvocars.com/my atau melalui laman rasmi Facebook (bit.ly/VolvoMY-FB) dan Instagram (bit.ly/VolvoMY-IG).


Gallery

Tag:

Volvo Car Malaysia
2026 Volvo EC40
EC40 Single Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
Kereta Baru

XC90 Facelift Turut Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM418,888

Volvo XC90 facelift versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara serentak dengan EX90 yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.

10-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan

Volvo EX90 dijual pada harga RM442,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM442,648 untuk Sabah dan Sarawak¹.

10-04-2025
Berita Auto

Tempahan Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka – Anggaran RM450K

Selepas pendaftaran minat (ROI) dibuka awal bulan ini, Volvo Car Malaysia (VCM) kini telah membuka tempahan untuk kedua-dua SUV flagship terbarunya, Volvo EX90 dan XC90 facelift

17-03-2025
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).

07-02-2025
Kereta Baru

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
EV

Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Selepas Volvo membuka pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30 bakal membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 25 September ini.

27-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.

12-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025