Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini. 

Bagi meraikan detik bersejarah ini, jenama EV tersebut melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week bermula sekarang hingga esok selain  menampilkan siri ganjaran istimewa dan aktiviti menyeronokkan untuk pemilik Tesla baharu dan sedia ada, yang berlangsung di pusat Tesla di Cyberjaya, Johor, dan Pulau Pinang.

image.png

Sepanjang Tesla 10,000 Delivery Week ini, Tesla Malaysia akan memperkenalkan proses penyerahan kenderaan yang baharu, di mana pemilik Tesla baharu boleh memulakan perjalanan interaktif menggunakan kad cop,  mengumpul ganjaran ketika  menerokai pengalaman Tesla, termasuk menikmati Tesla Light Show.

Pemilik Tesla baharu juga berpeluang melihat Optimus, robot humanoid canggih keluaran Tesla, di sebuah booth foto khas yang disediakan sempena minggu ini.

image.png

Difahamkan, penghantaran unit ke-10,000 ini menandakan keyakinan para pemilik Tesla di Malaysia, dengan syarikat tersebut terus komited menyediakan pengalaman pengecasan yang menyeluruh kepada komuniti Tesla serta memperluaskan rangkaian pengecasannya.

image.pngimage.png

Setakat ini, Tesla telah menyokong lebih daripada 8,000 isi rumah di Malaysia dengan pengecas dinding rumah (home wallbox chargers) mereka, selain mengendalikan 15 Supercharger dan 15 Destination Charger di seluruh negara.


Gallery

Tag:

Tesla Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025
Kereta Baru
EV

10-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026