Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

47 Kereta Mewah Dari Singapura Dirampas, Rupanya Sebab Dapat Permintaan Tinggi Daripada Orang Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

nafi-kenderaan-SUV-tidak-boleh-didaftarkan-sebagai-e-hailing-(22).jpg

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 47 kenderaan mewah pelbagai jenis dan jenama yang dibawa masuk dari Singapura tanpa cukai dan dokumen sah bernilai lebih RM6.2 juta termasuk cukai sejak Januari hingga 16 Oktober lalu

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata rampasan di Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur itu membabitkan kenderaan diletakkan di tempat letak kereta awam serta kondominium sebelum dipercayai akan diedarkan kepada pelanggan.

"Antara kenderaan dirampas, Volkswagen Beetle, Volvo S80, BMW 325i, Maserati Ghibli, Honda Jazz, Toyota Vellfire dan Mercedes Benz yang bernilai antara RM50,000 hingga RM185,000.

"Sindiket penyeludupan kereta ini juga menawarkan jualan kenderaan pada harga potongan antara 35 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran bagi menarik minat pembeli tempatan," katanya

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia yang mendorong individu tertentu membawa masuk kenderaan berkenaan bagi memenuhi kehendak pengguna.

Sehubungan itu, orang ramai tidak disarankan membeli kereta Singapura yang tidak mempunyai dokumen sah kerana jika disabitkan kesalahan,anda  boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.

Tag:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
JKDM Johor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mula Esok, Kastam KLIA Dialihkan Ke Pintu Pelepasan

Bermula esok, 1 Januari 2026, proses pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan melalui fasa transformasi besar bagi menjamin keselesaan penumpang.

31-12-2025
Berita Auto

Porsche Cayman GT4 RS Disita Sebab Tinggal Lebih Masa Di Semenanjung

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah.

16-10-2024
Berita Auto

Guna Teknik Licik Cuba Seludup 2,626 Rim, Kastam Lagi Bijak

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup masuk 2,626 rim.

25-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026