Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 PHEV CSH & Tiggo 8 PHEV CSH Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV Termurah Malaysia? Dari RM129K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-LAUCHED.jpegCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-LAUCHED.jpeg


Chery Tiggo 7 PHEV CSH dan Chery Tiggo 8 PHEV CSH


Chery Malaysia secara rasmi telah melancarkan dua buah kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) terbaru untuk pasaran Malaysia, Tiggo 7 PHEV CSH dan Tiggo 8 PHEV CSH, yang dilengkapi dengan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) generasi terkini yang telah diberikan penambahbaikan ketara daripada generasi terdahulu. 


Sistem Hibrid Canggih Dengan Jarak Perjalanan Cecah 1,200 KM


Caricarz-SN-Chery-Tiggo-7-8-CSH-PHEV-LAUCHED-1.jpeg


Kedua-dua model yang telah dipertontonkan buat pertama kali semasa acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) ini menggunakan sistem trenkuasa CSH yang sama terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder turbo dengan kuasa 154 hp dan tork 220 Nm serta dua motor elektrik dengan output 201 hp dan tork 310 Nm. Turut membekalkan tenaga kepada jentera ini ialah bateri LFP berkapasiti 18.3 kWj.


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-14.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-17.jpg


Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi khusus hibrid (DHT) tiga kelajuan. Gabungan sistem ini memberikan kereta kuasa maksimum sebanyak 342 hp (255 kW) dan tork 525 Nm, membolehkan kenderaan membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.26 saat. 


CariCarz_SN_Tiggo-7-8-PHEV_2.jpegCariCarz_SN_Tiggo-7-8-PHEV_3.jpeg


Bateri yang digunakan memberikan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga sekitar 90 km, sementara tangki bahan api berkapasiti besar 60 liter memberi jangkauan keseluruhan sehingga 1,200 km (WLTP). 


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-10.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-4.jpg


Untuk pengecasan, sistem trenkuasa CSH menerima pengecasan AC dengan input 6.6 kW dan pengecas pantas DC 40 kW. Dengan pengecas AC, masa yang diambil hanya tiga jam, manakala DC pula memerlukan masa sekitar 19 minit untuk dicas dari 30% ke 80%. Ia turut boleh dicas dengan plug tiga pin biasa yang mengambil masa hanya 8.5 jam untuk dipenuhkan dari 10% ke 100%. 


CariCarz_SN_Tiggo-7-8-PHEV_6.jpeg


Bateri CSH dilengkapi sistem keselamatan canggih, Guardian, yang dibangunkan sendiri oleh Chery yang termasuk ciri pemotongan kuasa voltan tinggi secara automatik sekiranya berlaku sebarang insiden. Bateri ini juga menerima pengiktirafan kalis debu dan air IP68, selain mampu bertahan dalam suhu ekstrem dari -35°C ke 60°C. 


CariCarz_SN_Tiggo-7-8-PHEV_5.jpegCariCarz_SN_Tiggo-7-8-PHEV_7.jpeg


Menurut Chery, sistem hibrid yang digunakan kali ini secara keseluruhannya memiliki kecekapan suhu yang tinggi sehingga 44.5%, sekaligus menjadikan kadar penggunaan bahan api lebih efisien.  


Rekaan Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-2.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-8.jpg


Dari segi reka bentuk, kedua-dua model Tiggo 7 dan 8 memperlihatkan perubahan kecil berbanding versi enjin petrol Pro. Bagi Tiggo 7, model PHEV menampilkan wajah hadapan baharu dengan gril berbentuk berlian yang diapit oleh lampu depan LED yang tirus dan corak lampu baru ala Tiggo 8 Pro. Ciri menarik lain di sudut ini adalah kehadiran lampu kabus dan lampu belok aktif. Bahagian belakang pula diberikan lampu LED jenis through-type yang unik, rim aloi 18 inci kini dalam rekaan baharu serta bampar belakang dengan kemasan yang lebih menyerlah. Versi ini tidak memiliki ekzos kembar seperti Pro.


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-2.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-6.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-1.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-5.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-15.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-7.jpg


Chery Tiggo 7 CSH PHEV


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-8.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-4.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-7.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-6.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-13.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-2.jpg


Chery Tiggo 8 CSH PHEV


Sementara itu, Tiggo 8 PHEV kini menggunakan lampu depan LED yang tirus, bampar hadapan dan gril diberikan rekaan semula. Logo pada versi kali ini lebih menyerlah terutama pada waktu malam kerana menyala. Dari tepi,  model ini diberikan rim lebih besar bersaiz 19 inci dan pemegang pintu jenis terbenam. Bahagian belakangnya hampir sama seperti versi standard, tetapi dengan penyingkiran empat muncung ekzos asal, kerana kini digantikan dengan dua muncung faux yang mungkin kurang menarik untuk sesetengah orang. 


Kabin Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-12.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-13.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-17.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo7-CSH-PHEV-MAS2025-16.jpg


Kabin Tiggo 7 PHEV CSH


Memasuki bahagian kabin, perubahan pada Tiggo 7 PHEV tidak begitu ketara. Ia masih menggunakan dua skrin berukuran 12.3 inci, tetapi rekaan stereng kini diambil daripada model J7 dan konsol tengah direka semula yang menyerlahkan gaya lebih moden. Konsol tengah kini menempatkan tombol gear kristal serta suis khas untuk mod pemanduan hibrid (HEV) dan elektrik (EV). Ciri menarik lain ialah pencahayaan ambien 64 warna dan tempat duduk sport dengan fungsi pengudaraan dan memori. 


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-10.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-11.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-14.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-12.jpg


Kabin Tiggo 8 PHEV CSH


Berbeza dengan Tiggo 7, perubahan pada ruang dalaman Tiggo 8 PHEV lebih ketara. Sistem dwi-skrin lama digantikan dengan satu skrin terapung di bahagian tengah yang lebih besar, disertai meter digital yang lebih kecil berukuran 10.25 inci. Sama seperti Tiggo 7, rekaan stereng diambil dari J7. Sistem infotainmen boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.


Gear dikawal menggunakan tuil di sebelah kanan di sebalik stereng, sama seperti model X50 facelift yang terbaru.  Mod pemanduan boleh dikawal dengan tombol putar yang terdapat pada konsol tengah. Kelengkapan menarik lain ialah 10 speaker Sony, pendingin hawa dua zon dan tempat duduk dalam balutan kulit sintetik yang boleh dilaraskan kepada enam arah secara automatik serta pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan. 


Harga Jualan & Waranti


Caricarz-SN-Chery-Tiggo-7-8-CSH-PHEV-LAUCHED.jpeg


Model PHEV terbaru Chery ini ditawarkan di pasaran pada harga RM129,800 untuk Tiggo 7 PHEV CSH dan RM159,800 untuk Tiggo 8 PHEV CSH. 


Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun/150,000 km, bateri EV selama 8 tahun/160,000 km yang membolehkan penukaran 1-ke-1 sekiranya kesihatan bateri lebih rendah daripada 70%, serta servis percuma selama 5 tahun. 


Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Berita Auto
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto
Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto
Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.

24-12-2025
Berita Auto
Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
Kereta Baru
Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.

26-09-2025
Berita Auto
Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Syarikat automotif dari China, Chery, memperluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan tumpuan terhadap negeri Selangor.

24-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Kereta Baru
Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
Kereta Baru
Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru
Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Kereta Baru
Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026.

16-01-2026
Kereta Baru
Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.

15-01-2026