Link Copiedcheck_circle
EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

OPB_0000_OPB.png

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasminya, namun  tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit  setakat semalam. 

Angka itu membuktikan kejayaan awal Proton e.MAS 5 yang dilihat dapat memperkukuh keyakinan pasaran yang telah dibina oleh model terdahulunya, Proton e.MAS 7, yang  mengungguli carta pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sepanjang tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata,  bulan ini menjadi detik bermakna buat pihaknya kerana ia  bukan sahaja kerana kejayaan jualan Proton e.MAS 7, tetapi juga sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap e.MAS 5.

"PRO-NET amat berterima kasih atas kepercayaan rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha kami dalam menghasilkan EV yang sesuai dengan keadaan jalan dan gaya pemanduan di Malaysia," katanya.

Nampaknya, Proton e.MAS 5 berjaya menawan hati rakyat Malaysia kerana ditawarkan pada harga mampu milik iaitu dijangka akan dijual antara RM60,000 hingga RM80,000.

image.png

Model kenderaan elektrik segmen-B ini  didatangkan dengan pelbagai ciri, teknologi, dan pengalaman pemanduan yang setanding dengan kenderaan dalam lingkungan harga yang lebih tinggi.

Proton e.MAS 5 direka dengan bentuk luaran kompak segmen-B bagi memudahkan pemanduan dalam bandar dan juga menawarkan ruang dalaman setara segmen-C yang selesa.

Pelanggan yang ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman memandu Proton e.MAS 5 EV Mampu Milik Pertama Malaysia boleh mengunjungi bilik pameran Proton e.MAS bermula 17 Oktober 2025.

image.png

Tempahan Proton e.MAS 5 kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftarkan minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau terus membuat tempahan di mana-mana 30 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut, KLIK!

Gallery

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Proton e.MAS 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV