Link Copiedcheck_circle
EV

Harga MGS5 EV: Kini Bermula Daripada RM107,900

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Ada berita baik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli MG55 EV memandangkan harga baharu MGS5 EV kini bermula daripada RM107,900.

,MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian MG S5 Com (49kWh) – RM107,900, MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM117,900 manakala varian Lux Long Range (62kWh) pula berharga RM127,900.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, semakan harga itu menunjukkan  komitmen untuk menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik bagi rakyat Malaysia, selaras dengan persiapan kami ke arah strategi pemasangan tempatan.

“Dengan pelan pemasangan tempatan yang sedang dijalankan, kami mahu memastikan pelanggan menerima lebih nilai serta pilihan yang lebih luas ketika kami memperkukuh kehadiran MG di Malaysia," katanya.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian COM dan LUX dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 170PS dan tork 250Nm menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang yang merupakan satu-satunya dalam segmennya pada masa ini.

Varian COM menawarkan dua pilihan bateri berkapasiti 49kWh dan 62kWh dengan jarak pemanduan sehingga 340km dan 430km mengikut standard WLTP.

Varian LUX pula dilengkapi bateri 62kWh sebagai standard. Semua varian menyokong pengecasan AC 7kW manakala varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus hanya dalam 26 minit.

Varian LUX turut menampilkan ciri premium seperti rim aloi 18 inci, bumbung suria panorama, kerusi kulit fabrik dengan logo MG berlubang, kerusi pemandu boleh laras kuasa, stereng kulit dengan pemanas, pad pengecas tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu but kuasa serta kamera pandang keliling 360 darjah.

image.png

Dari segi reka bentuk, kedua-dua varian hadir dengan lampu hadapan LED bersama DRL bertema Racing Flag dan lampu belakang Arch Taillights ikonik MG.

Ciri lain termasuk fungsi Vehicle to Load, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, paparan infotainmen 12.8 inci dengan arahan suara, paparan instrumen digital 10.25 inci serta sistem konektiviti MG iSMART. Ruang but juga luas sehingga 1,441 liter termasuk ruang bawah lantai.

Semua varian hadir dengan Ultimate Ownership Package yang menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 termasuk pengecas dinding 1 AC 7kW percuma atau pilihan untuk menerima kredit pengecasan.

Pelanggan yang mencari fleksibiliti tambahan juga boleh memilih Pakej Pembiayaan Ultimate MG yang disediakan melalui pengedar sah MG di seluruh negara.


Gallery

Tag:

MG Motor Malaysia
MGS5 EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000

MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.

02-10-2025
Kereta Baru

Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.

09-07-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025
Kereta Baru

MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

MG Motor mendedahkan imej teaser model terbaharunya, MG S5 elektrik.

04-04-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif

MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.

07-03-2025
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026