Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Rupa Sebenar Proton e.MAS 5 Tanpa Sebarang Pelekat Penyamaran Sebab Bakal Dilancar Minggu Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya didedahkan tanpa sebarang pelekat penyamaran memandangkan ia akan dilancarkan secara rasminya pada Khamis ini.

Selepas memandu uji Proton e.MAS 5 di trek ujian Proton Centre of Excellent (COE), Subang Jaya, saya berpendapat ia adalah sebuahEV hatch yang paling selesa, laju dan yang penting, pemanduannya cukup senyap.

Melihat luarannya, nampaknya Proton e.MAS 5 sedikit berbeza dengan Geely Geome Xingyuan memandangkan ia hadir dengan logo harimau Proton e.MAS di bahagian depan, tertera tulisan Proton secara melintang di bahagian penutup but belakang, serta terdapat logo e.MAS 5 di bahagian bawah kanan penutup but.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik, ia tidak menggunakan lampu belakangnya yang merentangi bahagian belakang seperti mana ia menjadi trend pada kebanyakan EV masa kini.

Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.

Proton tidak banyak mengubah model Geely Xingyuan (Starwish) dalam versi e.MAS 5 ini. Hal ini ketara melalui lampu hadapan dan belakang LED sepenuhnya, rim dua tona bersaiz 16 inci, serta kemasan hitam ala SUV pada bampar, skirt sisi dan lengkungan roda.

image.pngimage.png

Apa yang paling menarik perhatian ialah warna badan dua tona, di mana warna eksklusif ‘Marble Cream’ (salah satu daripada dua warna khas untuk varian Premium) digandingkan dengan bumbung dan tiang hitam berkilat, memberikan kesan ‘floating roof’ yang elegan dan premium.

Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat juga ‘easter egg’ berupa corak halus yang seolah-olah diukir pada hiasan tiang-C, sekali gus menambah sedikit karakter kepada keseluruhan reka bentuknya.

image.png

Bercakap tentang warna, varian Premium turut mendapat satu lagi pilihan eksklusif iaitu warna ‘Quartz Rose’. Warna lain yang dikongsi antara semua varian ialah Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey.

Apapun, kami yakin ramai yang teruja dengan  reka bentuk minimalis Proton  e.MAS 5 kerana ia  mirip dengan SUV elektrik e.MAS 7 yang lebih besar.

Biarpun, ia tidak nampak sporty, kami yakin ramai yang akan menyukai kerana reka bentuknya yang sedap mata memandang.

image.pngimage.png

Kami akan berkongsi lebih banyak butiran selepas pelancaran rasminya pada Khamis nanti. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

Proton e.MAS5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Kereta Baru
Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Pihak Proton akhirnya mendedahkan satu lagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5.

08-08-2025

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026