Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Litar Drag Bernilai RM2 Juta Akan Dibina Di Sepang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, sebuah litar drag bernilai RM2 juta dirancang dibina di Litar Antarabangsa Sepang. tahun depan untuk memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang.

“Jika berjaya, ia boleh dilaksanakan di tempat lain,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan di setiap negeri.

image.png

Kos pembinaan sebuah litar drag dianggarkan antara RM6 juta hingga RM8 juta untuk jalur perlumbaan 201 atau 402 meter.

Spesifikasi itu ditetapkan Persatuan Permotoran Malaysia bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi dalam perlumbaan drag yang melibatkan pecutan tinggi.

Kemudahan sokongan seperti pusat kawalan dan bilik pemeriksaan teknikal memerlukan kos tambahan RM9 juta hingga RM11 juta.

Jumlah keseluruhan bagi pembinaan litar lengkap dianggarkan antara RM15 juta hingga RM20 juta.


Gallery

Tag:

Litar Antarabangsa Sepang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sepang Jadi Hos Pusingan Pembukaan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026

Perlumbaan ketahanan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026 akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada minggu pertama Disember 2025.

22-06-2025
Berita Auto

Bukan Lagi SIC

SIC dijenamakan semula.

02-11-2023
Berita Auto

Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan

Jom meriahkan hujung minggu ini dengan menghadirkan diri ke Toyota Gazoo Racing Festival! Masuk percuma.

29-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026