Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Skyline 400R Limited Dilancar Di Jepun, Hanya Ada 400 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Biarpun Nissan telah menamatkan pengeluaran GT-R generasi R35 pada awal tahun ini, namun Nissan Skyline masih diteruskan, apabila model terhad 400R Limited dilancarkan di Jepun, baru-baru ini.

Seperti namanya, hanya 400 unit edisi terhad ini akan ditawarkan, dengan harga 6.935 juta yen (kira-kira RM191,243).

image.pngimage.png

Sama seperti Nissan Nismo 400R asal, Skyline 400R Limited baharu ini mampu memghamburkan kuasa setakat 400 hp, tetapi kali ini kuasa tersebut datang daripada enjin 3.0 liter V6 twin-turbo VR30DDTT.

Berbeza dengan R35, 400R Limited hanya menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan transmisi automatik 7 kelajuan.

image.pngimage.png

Walaupun angka itu dilihat agak mengagumkan, namun hakikatnya model ini masih kurang berkuasa berbanding versi Nismo, yang menghasilkan kuasa 414 hp dan 550 Nm disebabkan hasil talaan enjin khas oleh Nismo.

Selain enjin yang dipertingkatkan, 400R Limited juga mendapat pad brek lebih tebal dan tahan haba bagi prestasi konsisten pada suhu tinggi.

Di bahagian casis, penyerap hentak hadapan kini 4% lebih tegar, manakala bar penstabil belakang meningkat 44%, memberikan kawalan pemanduan yang lebih mantap.

image.pngimage.png

Dari segi kemasan, Skyline 400R Limited turut menampilkan beberapa penambahbaikan luaran istimewa seperti lencana ‘400R Limited’ di belakang, penutup cermin sisi gentian karbon, spoiler but gentian karbon, rim aloi khas 19 inci bersama tayar Dunlop SP Sport Maxx GT 600, serta warna badan baharu — Wangan Blue.

Menjengah bahagian kabinnya, pembeli akan menerima plat nombor siri khas, dan boleh memilih dua warna kabin iaitu  hitam atau putih.

Selain itu, reka bentuk dalaman kekal sama seperti model Skyline standard, yang kini kelihatan agak ketinggalan memandangkan model asalnya telah dilancarkan lebih sedekad lalu.

image.png

Memandangkan hanya 400 unit Skyline 400R Limited akan dijual di Jepun, ini menjadikannya lebih eksklusif berbanding versi Nismo yang lebih berkuasa, di mana 1,000 unit dihasilkan dengan harga lebih tinggi iaitu 7.88 juta yen (RM217,303).

image.png

Tempahan untuk 400R Limited akan dibuka mulai 13 November ini di Jepun, manakala penghantarannya akan  bermula pada 18 Disember nanti.

Gallery

Tag:

Nissan Skyline 400R Limited
Next-Gen Nissan Skyline
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM

Chery melancarkan secara rasminya SUV EREV (Electric Range Extender Vehicle) baharu mereka, Chery Fulwin T11 di pasaran China, baru-baru ini.

31-10-2025
Global

JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk

Mazda telah mencuri tumpuan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 yang sedang berlangsung apabila memperkenalkan dua kereta konsep terbaharunya iaitu Mazda Vision-X Coupe dan Vision-X Compact, baru-baru ini.

30-10-2025
Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
Global

SAIC IM LS9 Didedah Di China, Mampu Capai Gerak 1,500KM

IM Motors mengumumkan bahawa pra-jualan untuk SUV elektrik enam tempat duduk, IM LS9 sudah pun dibuka di China.

28-10-2025
Global

Nissan Skyline 400R Limited Dilancar Di Jepun, Hanya Ada 400 Unit

Nissan Skyline 400R Limited dilancarkan di Jepun, baru-baru ini.

28-10-2025
Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.

27-10-2025
Global

BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, mengumumkan penjenamaan semula SUV Tang L untuk pasaran antarabangsa.

27-10-2025
Global

Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

BYD Cars Filipina telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu baru-baru ini.

24-10-2025