Link Copiedcheck_circle
Global

SAIC IM LS9 Didedah Di China, Mampu Capai Gerak 1,500KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

IM Motors mengumumkan bahawa pra-jualan untuk SUV elektrik enam tempat duduk, IM LS9 sudah pun dibuka di China memandangkan pelancaran rasminya akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Model LS9 memperkenalkan casis digital baharu IM, Lizard Digital Chassis 3.0, dan dilengkapi sensor lidar 520-line untuk semua varian selain digabungkan dengan sistem “Stellar” EREV powertrain.

Dalam mod elektrik sepenuhnya (EV), LS9 menawarkan jarak pemanduan sehingga 402 km (kitaran CLTC).

Dari segi reka bentuk, LS9 menampilkan profil bersegi, dengan lampu utama berbentuk L yang dihubungkan oleh jalur lampu LED melintang di bahagian depan, serta gril bawah yang disepadukan dalam rekaan hadapan tertutup.

Kelengkapan lain ialah ia hadir dengan pemegang pintu jenis tersembunyi, rekaan rim gaya “armour”, dan pilihan saiz roda antara 20 hingga 22 inci.

Terdapat juga angkup brek Brembo namun ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Dari segi kejuruteraan, LS9 dibina di atas platform Lizard Digital Chassis 3.0 yang membolehkan pusingan empat roda dua hala sehingga 24°.

Ia turut dilengkapi sistem suspensi udara dua ruang dengan julat pelarasan 150 mm, serta sistem closed-stroke untuk keselesaan dan kestabilan pemanduan yang lebih baik.

SUV ini berukuran 5,279 mm panjang, 2,000 mm lebar, dan 1,806 mm tinggi, dengan jarak roda 3,160 mm. Ia seberat 2,695 kg.

Mengenai trenkuasa, semua kuasanya disalurkan  melalui sistem “Stellar” range-extender IM Motors, yang menggunakan enjin Zephyr 1.5T.

image.pngimage.png

Sistem ini disokong oleh dua motor elektrik iaitu  160 kW di hadapan dan 230 kW di belakang dimana ia mendapat tenaga daripada bateri berkapasiti 65.9 kWh 800V Freevoy Super Hybrid keluaran CATL.

Untuk itu, model ini mampu menawarkan jarak maksimum sehingga 1,500 km, manakala kelajuan tertinggi pula 220 km/j.

image.png

Ia mencatatkan penggunaan bahan api sekitar  2.81 literuntuk 100 km. Sistem pengecasan pantas mampu menambah 310 km jarak pemanduan dalam hanya 15 minit.

Bagaimanapun, bahagian kabinnya masih belum didedahkan. Namun IM Motors mengesahkan bahawa model ini akan hadir dengan sistem audio Bang & Olufsen serta kerusi dengan urutan mekanikal 4D.

Ditubuhkan pada tahun 2020, IM Motors ialah usaha sama antara SAIC, Alibaba, dan Shanghai Zhangjiang Hi-Tech Park, dan kini muncul sebagai salah satu syarikat EV paling berinovatif di China.

Gallery

Tag:

SUV LS9
IM LS9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026