Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton e.MAS 7 Masuk Mauritius, Negara Ke-4 Terima Proton e.MAS 7

Suhana Veru

Kongsi melalui

 Edmund-Lim-Meng-Thong,-Chief-Executive-Officer-of-Proton-International-Corporation-Sdn-Bhd,-together-with-the-founder-of-Autonexx-Group,-officially-handed-over-the-first-ten-units-to-customers-in-Mauritius..jpg

Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB)  melancarkan secara rasmi PROTON e.MAS 7 di Mauritius, semalam. 

Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting apabila Mauritius menjadi pasaran antarabangsa keempat menerima model EV pertama PROTON, hanya 10 bulan selepas pelancarannya di Malaysia.

Sebelum ini, Proton e.MAS 7 dipasarkan di  Singapura, Trinidad dan Tobago.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pengenalan e.MAS 7 di Mauritius merupakan sebahagian daripada strategi berterusan PROTON untuk mengembangkan portfolio  di peringkat global. 

"Setiap pelancaran baharu mengukuhkan lagi kehadiran antarabangsa PROTON dan membuktikan keupayaan kami untuk menghasilkan kenderaan yang menggabungkanteknologi, prestasi dan nilai. Kilang EV di Tanjong Malim akan menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi baharu model elektrik untuk pasaran dunia,” katanya.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Port Louis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation Sdn Bhd, Edmund Lim Meng Thong, serta disaksikan Menteri Pengangkutan Republik Mauritius,  Osman Mahomed.

PROTON-Mauritius-is-introducing-an-exclusive-early-bird-promotion-for-the-first-30-customers,-Prime-priced-at-Rs-1,690,000-and-Premium-variant-priced-at-Rs-1,850,000.jpg

Sempena pelancaran ini, Proton Mauritius menawarkan promosi pelanggan terawal untuk 30 pembeli pertama. Varian e.MAS 7 Prime dijual pada harga Rs 1,690,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dan disertakan dengan pengecas dinding percuma serta kad e.motion percuma. 

Segmentara itu, varian Premium berharga Rs 1,850,000 (harga atas jalan tanpa insurans) hadir bersama pengecas dinding percuma, kad e.motion percuma serta lima tahun servis percuma atau 150,000 km, yang mana terdahulu.

Sejak Proton e.MAS 7 dilancar,  lebih 6,500-unit telah dihantar ke pasaran domestik dan antarabangsa, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas terhadap model tersebut.

image.png

Di Malaysia, Proton  e.MAS 7, ditawarkan dalam varian Prime dan Premium dimana ia hadir dengan penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP.

Proton e.Mas 7 ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  7.1 saat. Dilengkapi unit pacuan elektrik 12-dalam-1, model ini menghasilkan 160 kW kuasa dan 320 Nm tork.

image.pngimage.png

Dikuasakan oleh sel bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 60.22 kWh, e.MAS 7 mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 410 km (WLTP).

Gallery

Tag:

Proton e.MAS7
Proton Mauritius
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.

12-01-2026
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan, 4,959 Unit Terjual

Proton e.MAS 7 merupakan model EV Nombor 1 di Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut, memandangkan dalam hanya tujuh bulan sebanyak 4,959 unit Proton e.MAS 7 terjuaL.

15-08-2025
EV

Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya

Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.

08-07-2025
Berita Auto

Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara.

22-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Melihat 'Jantung' PROTON: 35 Anak Muda GIATMARA Teruja Teroka Fasiliti AHTV

Memperkasa TVET: PROTON Buka Pintu Fasiliti Tanjung Malim Buat Pelatih GIATMARA.

22-04-2026
Berita Auto

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.

22-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026