- Berita
- Teknologi
- Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi kenderaan elektrik (EV) terbaru mereka pada 1 Ogos ini. Teknologi yang dinamakan ‘Super Extended Range’ ini menjanjikan inovasi penting dalam sektor EV dengan ciri canggih.
Bateri Kapasiti 66 kWj Janji Jarak Lebih Jauh
Fokus utama teknologi baharu IM Motors adalah penggunaan bateri khusus untuk lanjutan jarak yang terbesar dalam industri pada kapasiti 66 kWj yang dibekalkan oleh CATL, menjanjikan jarak pemanduan elektrik sehingga 450 km mengikut piawaian CLTC.
Selain bateri berkapasiti tinggi, teknologi ini turut memanfaatkan platform pengecasan bervoltan tinggi 800 volt yang membolehkan proses pengecasan ultra pantas, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan keselesaan pengguna EV.
Enjin 1.5 Liter Pengecas Turbo Sebagai ‘Range Extender’
Sistem ‘Super Extended Range’ juga akan menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) 1.5 liter pengecas turbo yang menghasilkan tenaga sehingga 114 kW (153 hp). Enjin ini berfungsi sebagai “range extender” bagi menambah jarak perjalanan ketika bateri hampir habis, menghapuskan kebimbangan jarak jauh bagi pengguna yang kerap melakukan perjalanan jauh.
SUV Besar IM LS9 Bakal Jadi Model Pertama Dengan Teknologi Ini
SUV LS 9 bakal menggunakan teknologi trenkuasa tercanggih IM Motors setakat ini
Menurut maklumat yang bocor daripada dokumen permohonan dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) China, teknologi ini bakal dipasang dalam sebuah SUV bersaiz besar yang dikenali sebagai IM LS9. SUV ini akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Kelebihan Teknologi ‘Big Battery, Small Fuel Tank’
Bateri 66 kWj dalam sistem ini bukan sahaja melebihi kapasiti yang ditawarkan pada kebanyakan EREV lain, tetapi juga BEV.
Teknologi IM Motors ini menepati trend semasa dalam industri automotif yang mengutamakan ciri "Big Battery, Small Fuel Tank” atau “bateri besar, tangki bahan api kecil” untuk kenderaan lanjutan jarak.
Penggunaan bateri besar memberikan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang lebih baik, manakala enjin kecil sebagai penambah jarak menghapuskan kebimbangan tentang jarak perjalanan jauh sekaligus meningkatkan fleksibiliti kenderaan.
Baca: Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv