Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota BZ3X Masuk Pasaran Hong Kong, Macau

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota bZ3X  buat julung kalinya muncul dalam versi pacuan sebelah kanan (RHD) di pasaran Hong Kong dan Macau, baru-baru ini.

image.png

Menurut CarNewsChina, model ini dijual pada harga sekitar HK$259,000 ( RM140,033) di Macau, manakala harga untuk pasaran Hong Kong masih belum didedahkan.

Ini menunjukkan peningkatan harga yang agak ketara berbanding versi pacuan sebelah kiri (LHD) yang dijual di China iaitu cuma 139,800 yuan ( RM82,589). Pendek kata, versi RHD ini sedikit mahal berbanding model asal LHD.

image.png

Malah, laporan sama turut menyebut  bahawa model RHD buatan China ini, yang dibangunkan bersama oleh Toyota dengan pengeluar automotif China GAC, akan dieksport ke pasaran RHD seperti Jepun, UK, Australia, New Zealand dan Singapura.

Buat masa ini, masih belum diketahui bila ia akan dilancarkan ke  pasaran lain, namun tempahan untuk model ini  sudah dibuka di Macau dan Hong Kong.

image.pngimage.png

Untuk makluman, Toyota bZ3X dilancarkan awal tahun ini dengan pek bateri 70 kWh dimana ia disumbat dengan satu motor elektrik.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat  204 PS (150 kW) dan 210 Nm. Selain itu, ia  menawarkan jarak maksimum NEDC sehingga 565 km, menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 90 kW, serta keupayaan vehicle-to-load (V2L).

image.png

Dari segi dimensi, Toyota bZ3X berukuran 4,600 mm panjang, jarak roda 2,765 mm, lebar 1,850 mm dan tinggi 1,645 mm.

Ia dipadankan dengan rim 19 inci serta casis yang menggunakan suspensi MacPherson struts di depan dan torsion beam di belakang.

Menurut CarNewsChina, ia juga menawarkan ruang but sehingga 427 liter.

Seperti kebanyakan EV “premium” keluaran China, Toyota bZ3X turut hadir dengan pelbagai ciri moden.

Antaranya skrin infotainmen tengah 14.6 inci yang besar dipadankan dengan sistem audio Yamaha 11 pembesar suara, tempat duduk depan dengan fungsi pemanas dan pengudaraan, kawalan pendingin hawa dwi-zon dengan corong belakang, dan banyak lagi.

image.png

Apa yang penting, Toyota bZ3X dilengkapi dengan pelbagai ciri Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS). Bagaimanapun, versi eksport RHD tidak disertakan dengan sensor LiDAR yang ada pada versi pasaran China.D

Apa pula pandangan anda, adakah  BEV Toyota ini akan diterima sekiranya diperkenalkan di Malaysia? Kongsikan pendapat anda!


Gallery

Tag:

Toyota Bz3X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
EV
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV
Auto China 2024: EV Minimalis Toyota bZ3X & bZ3C Dipertontonkan

Auto China 2024: EV Minimalis Toyota bZ3X & bZ3C Dipertontonkan

Ini yang kita tahu setakat ini tentang dua model elektrik terbaru daripada Toyota, bZ3X dan bZ3C.

27-04-2024

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026