Link Copiedcheck_circle
EV

Chery V23 EV Dilancarkan Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery  melancarkan SUV off-road elektrik terbaharunya, Chery V23 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

 SUV elektrik ini pada asasnya hanyalah versi iCaur V23 dengan lencana baharu, namun  ia mengekalkan spesifikasi dan ciri yang hampir sama, kecuali jenama iCaur  digantikan.

image.png

Dua varian V23 yang ditawarkan di Thailand, adalah versi pacuan roda belakang (RWD) motor tunggal pada harga THB 699,900 (RM90,927), manakala varian pacuan semua roda (AWD) motor berkembar berharga THB 889,900 (RM115,610).

Varian RWD dilengkapi satu motor elektrik di bahagian belakang dimana ia mampu menghamburkna kuasa setakat 136 PS dan 180 Nm, selain mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 11 saat.

image.pngimage.png

Sebaliknya, model AWD menghasilkan output gabungan lebih bertenaga iaitu 211 PS dan 292 Nm, sekaligus memendekkan masa pecutan 0-100 km/j kepada 7.5 saat, walaupun masih perlahan untuk sebuah EV motor berkembar. Had laju kedua-dua varian pula ditetapkan secara elektronik pada hanya 140 km/j.

image.pngimage.png

Dari segi jarak perjalanan, prestasi V23 versi Thailand juga agak sederhana. Bateri LFP 59.95-kWh hanya memberikan jarak 360 km (NEDC) untuk varian RWD, manakala varian AWD pula mampu bergerak sejauh 430 km (NEDC).

Bagi pengecasan, V23 spesifikasi Thailand menyokong pengecasan pantas DC sehingga 105 kW, tetapi hanya untuk varian AWD. Versi RWD pula dihadkan pada 85 kW. Kedua-dua model menyokong pengecasan AC 6.7 kW serta ciri V2L dengan kadar 3.3 kW.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, Chery V23 mengekalkan bentuk kotak SUV serta elemen reka bentuk kembarnya iCaur, kecuali lencana iCaur  digantikan dengan tulisan Chery.

Selain itu, model ini dilihat hadir dengan lampu utama LED bulat dengan DRL melintang, bonet gaya clamshell,  lampu belakang LED berbentuk segi empat tepat, pemegang pintu rata, fender yang menonjol serta pilihan rim 19- atau 21-inci bergantung pada varian.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, V23 juga serupa dengan iCaur kerana menampilkan paparan besar 15.4 inci.

Antara kelengkapan lain termasuk suis fizikal untuk kawalan pendingin hawa dan pemilih mod pemanduan, stereng tiga jejari dengan logo Chery, sistem audio tujuh pembesar suara, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Walaupun lebih besar daripada iCaur 03, V23 hanya menawarkan konfigurasi empat tempat duduk, kerana tiada tali pinggang keledar untuk penumpang tengah di kerusi belakang.

Ruang but juga agak kecil iaitu 234 liter, namun terdapat tambahan 80 liter ruang simpanan bawah lantai serta kotak simpanan pada pintu but belakang.

image.png

Apa menariknya, Chery V23 bukanlah model iCaur pertama yang dijenamakan semula di Thailand.

Sebelum ini, iCaur 03 telah dijual sebagai Jaecoo J6 sebelum pelancaran globalnya di Malaysia. Dengan ketibaan V23 di rantau Asia Tenggara, adakah Malaysia juga akan menerima SUV EV lasak ini?


Gallery

Tag:

iCaur 03 EV
Chery icaur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.

09-09-2025
Kereta Baru
SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025

Berita Terkini

EV
Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM
EV
Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV
CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026