Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Suhana Veru

Kongsi melalui
  • 26MY_IMG_JB_P703_RANRAP_RPTR_ARCWHI_ANGLE21_RHD_AJN-FB42665.png


Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, melancarkan  Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

Menampilkan rangkaian kuasa EcoBoost V6 3.0 liter turbo kembar yang sungguh bertenaga dan ditala khas oleh Ford Performance untuk menghasilkan kuasa 397 PS pada 5,650 rpm dan tork 583 Nm pada 3,500 rpm, Ford Ranger Raptor Sport membuktikan prestasi terulung.

image.pngimage.png

Keupayaannya diperkukuh lagi dengan penyeraphentakan Pintasan Dalaman Injap Terus 2.5 inci FOX dengan Kawalan PeredamanBawah yang sudah terbukti dalam perlumbaan, menjamin keselesaan pengendalian dan perjalanan di atas jalan biasa dan juga laluan lasak. 

Versi terbaharu ini turut memaparkan reka bentuk pelekat Raptor baharu sertapenambahan Sport Hoop baharu, yang istimewa dan palang tegar yang ditambah baru- baru ini, menyerlahkan profil kegagahan dan menekankan perwatakan jalan lasakbergaya sukan.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, model baharu ini ditawarkan dalam warna Arctic White (Putih Artik) dan Meteor Grey (Kelabu Meteor),

Ford Ranger Raptor Sport dijual pada harga RM 273,888 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM277,388.00 di Sabah dan Sarawak.

Setiap pemilik Ranger Raptor Sport baharu boleh menikmati ketenangan minda dengan jaminan 5 tahun serta pakej servis percuma 2 tahun. Pelanggan juga akan diberikan beg penyejuk eksklusif “Live The Ranger Life” sebagai cenderamata penghantaran.

26MY_IMG_JB_P703_RANRAP_RPTR_ARCWHI_ANGLE28_RHD_AJN-FB42672.png

Ford Ranger Raptor Sport baharu boleh didapati dalam unit terhad di semua bilik pameran Ford di seluruh negara dari 15 November 2025 dan selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ford.simemotors.my atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube untuk maklumat terkini.

Gallery

Tag:

Ford Ranger Raptor
Ford Ranger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Video

Review : Ford Ranger Raptor 2.0 Diesel Dwi-Turbo | Raptor Mampu Milik!

Review : Ford Ranger Raptor 2.0 Diesel Dwi-Turbo | Raptor Mampu Milik!

09-06-2023
Berita Auto

FOTO INTIP: Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel

Sebuah treler dikesan mengangkut dua buah trak pikap, Ford Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo Diesel di Seri Kembangan.

06-06-2023
Berita Auto

Acara Ford Inner Circle Pertama M’sia Anjuran Sime Darby Auto ConneXion Khas Buat Pelanggan Ranger!

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini telah mengadakan acara Ford Inner Circle yang bertemakan Krismas .

22-12-2022
Berita Auto

Diskaun 20% Hanya Untuk Alat Ganti Tulen

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan promosi penjimatan sebanyak 20 peratus untuk alat ganti tulen sempena akhir tahun dan Tahun Baharu Cina.

02-12-2022
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor, Guna Enjin 3.0L, V6 Petrol, Harga Pun OK

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion melancarkan Ranger Raptor generasi baharu yang ditunggu-tunggu dalam sebuah acara meriah pagi tadi.

07-10-2022
Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026