Link Copiedcheck_circle
Global

Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Syarikat automotif China, Geely, telah mengemas kini model SUV  Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran  China, lapor CarNewsChina.

Malah, model pendahulunya turut dijenamakan semula di luar negara sebagai Geely Okavango atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Proton X90.

SUV tiga barisan tempat duduk ini hadir dalam empat varian namun ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu enjin turbo 1.5 liter dan enjin 2.0 liter.

image.png

Enjin turbo 1.5 liter dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat  178 PS dan 290 Nm, manakala enjin 2.0 liter pula menghasilkan kuasa sebanyak 215 PS dan 325 Nm. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD).

Model yang dikemaskini ini hadir dengan  gril poligon yang telah direka semula, bamparnya juga baharu, liang udara hiasan yang lebih besar.

image.png

 Secara standard, Haoyue L dipadankan dengan rim bersaiz 19 inci atau 20 inci  bergantung pada varian.

Dari segi saiz, Haoyue L berukuran panjang 4,865 MM dengan jarak roda 2,825 MM, lebar 1,910 MM dan tinggi 1,770 MM. Ia menawarkan ruang but maksimum sehingga 2,050 liter apabila kerusi baris ketiga diratakan.

Menjengah bahagian kabinnya, ia  menerima kemasan soft-touch baharu. Apa yang penting, Geely menawarkan pilihan   tempat duduk dua baris (5 tempat duduk) serta tiga baris (6 dan 7 tempat duduk).

image.png

Selain itu, mengenai kelengkapan yang ada pada model ini adalah termasuk  skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, kluster instrumen digital 10.2 inci, dan kedua-duanya menyokong perisian Flyme Auto.

image.png

Difahamkan, varian 6 tempat duduk menjadi rebutan setakat ini. Lagipun, varian ini kelihatan mewah kerana ia  hadir dengan kerusi kapten di baris kedua lengkap dengan fungsi pemanas, pengudaraan dan urutan.

Seperti biasa, varian lebih tinggi menerima ciri sistem bantuan pemandu (ADAS) Tahap 2 yang terdiri daripada  Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran, Bantuan Kekal Lorong,  sistem  keluar lorong, serta set kamera 540 darjah.

image.png

Di China, Geely Haoyue L generasi baharu ini bersaing sengit dengan model seperti Chery Tiggo 8, Jetour X70 (VT9), serta versi tiga baris GWM Haval H6 (dikenali sebagai H6L).

Dari segi harga, Haoyue L dijual semurah 99,900 yuan (RM58,265) hingga 129,900 yuan (RM75,762), namun harganya  bergantung kepada varian.

Melihat kepada spesifikasinya, adakah satu hari nanti kita akan melihat Proton X90 yang dikemaskini seperti mana model ini? 


Gallery

Tag:

Geely Haoyue L
Proton X90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Proton X90 dibawa masuk ke Bangladesh.

12-03-2024
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Teknologi

Model Mana Yang Ada AACP? Kena Tunggu Pengumuman

Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan sokongan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) untuk beberapa model keretanya, mulai tahun ini.

04-02-2024
Berita Auto

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Siapa kata jenama PROTON tak laku, anda salah besar.

03-01-2024
Berita Auto

Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara.

22-09-2023

Berita Terkini

Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
Global

Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

Trump mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.

05-12-2025