- Berita
- Berita Auto
- Jalan Stesen KTMB Arau Terhalang, Akibat Banjir, Penumpang Diminta Naik, Turun Di Stesen Kodiang
Jalan Stesen KTMB Arau Terhalang, Akibat Banjir, Penumpang Diminta Naik, Turun Di Stesen Kodiang

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa akses jalan ke Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir, sejak semalam.
KTMB berkata, para penumpang ETS yang menggunakan Stesen Arau boleh naik dan turun tren di Stesen Kodiang sehingga keadaan kembali pulih.
"Penyesuaian ini dibuat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan penumpang ke stesen. Hebahan awal turut dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terkesan bagi memaklumkan pertukaran lokasi stesen.

"Buat masa ini perkhidmatan tren ETS masih beroperasi seperti biasa, tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara," katanya di halaman Facebook rasminya, semalam.
KTMB akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air, serta mengemas kini perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


