Link Copiedcheck_circle
EV

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lynas-Kuantan-Super-Magnet-(4).jpg


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang. Projek ini bakal dijayakan melalui kerjasama antara syarikat JS Link dari Korea Selatan dan Lynas Malaysia. 


Pengumuman ini dilihat sebagai langkah besar ke hadapan untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain global utama dalam rantaian bekalan nadir bumi, terutamanya bagi sektor teknologi hijau dan kenderaan elektrik (EV).


Kilang Magnet 3,000 Tan


Lynas-Kuantan-Super-Magnet-(1).jpg


Kilang pembuatan magnet berkuasa tinggi ini dirancang untuk menjalankan pemprosesan sehingga 3,000 tan magnet kekal Neodymium-Iron-Boron (NdFeB) setiap tahun. NdFeB merupakan komponen kritikal dan penting dalam penghasilan motor elektrik EV dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dalam turbin angin. 


Di bawah perjanjian yang dimeterai pada Julai lalu, Lynas akan bekerjasama dengan JS Link untuk membangunkan kilang tersebut berhampiran loji bahan termaju syarikat itu di Kuantan.


Pelaburan Sudah Masuk, Bukan Sekadar MoU


Lynas-Kuantan-Super-Magnet-(6).jpg


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa projek ini bukan lagi di peringkat Memorandum Persefahaman (MoU), sebaliknya ia sudah menjadi kenyataan.


“JS Link dah beli tanah dan mahu mula operasi, maknanya itu bukan lagi soal memorandum persefahaman. Pelaburan sudah masuk, tanah sudah ada, jadi ini lebih kepada mempercepatkan proses," kata Anwar. 

Sumber: BERNAMA

Tag:

Kilang Magnet
Magnet Motor Elektrik
Kuantan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Terowong Kuantan ECRL Dijangka Siap April Ini

Projek Terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kuantan yang dimulakan pada bulan Oktober tahun lalu dijangka akan siap pada hujung bulan April ini.

08-03-2023
Berita Auto

Konflik Iran-AS: Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99

Kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara.

02-03-2026
Berita Auto

PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan

Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan.

04-11-2025
Berita Auto

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Berita Auto

Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.

20-06-2025
EV

Model Kereta Diterima PM Anwar Daripada Presiden Turkiye Terbongkar – Togg T10X

Hadiah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbongkar. Model tersebut ialah SUV elektrik, Togg T10X.

13-02-2025
EV

Hadiah EV Turkiye Kepada PM Akan Dipulangkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa EV jenama Togg yang diterima daripada Presiden Turkiye bukan milik peribadi beliau.

10-02-2025
Berita Auto

Proton Saga Mula Dipasang Secara Tempatan Di Mesir Pada Disember Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di Mesir, semalam.

13-11-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026