Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-.JPG

Sime Darby Auto Connexion-Ford (Auto ConneXion- Ford) pengedar  tunggal Ford di Malaysia menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu  600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

Golongan itu terdiri daripada keluarga B40, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, asnaf fakir dan miskin, dan masyarakat Orang Asli di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan.

Pengurus Kanan, Ford Philanthropy, Kumpulan Pasaran Antarabangsa, Jane Holloway  berkata, pihaknya bukan setakat membina kenderaan yang bermutu tinggi sebaliknya menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Teras kempen tempatan ini ialah penggunaan Klinik Bergerak Ford yang dilancarkan pada Februari tahun ini. Ia menempatkan tenaga profesional penjagaan kesihatan ke empat lokasi tersebut untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas di kawasan luar bandar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair Nahason Affan berkata, pihaknya  bertekad untuk menggabungkan kesungguhan kakitangan dan kekuatan rangkaian pengedar kami untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan di Malaysia.

Photo-2-.jpg

"Menerusi kerjasama ini, kami bukan sahaja menyediakan bantuan yang diperlukan di kawasan paling kritikal, tetapi juga menjalin hubungan ikhlas yang berkekalan sambil kita membina masa depan lestari untuk semua," katanya.

Usaha tempatan ini menyumbang kepada penganjuran Kempen Derma Makanan Pengedar Automotif Terbesar Dunia di bawah inisiatif Membina Bersama Ford, yang melibatkan lebih daripada 1,600 pengedar Ford di 31 negara.

Program ini berjaya mengumpulkan lebih 2 juta paun (lebih 907,000 kg) bekalan makanan, sekali gus jauh melebihi sasaran asal untuk mengagihkan 500,000 kg bantuan makanan.



Tag:

Sime Darby Auto Connexion-Ford
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Gaya Hidup

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026
Gaya Hidup

“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.

04-03-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025