Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

PROTON memeterai perjanjian dengan Institut Robotik & IoT Automotif Malaysia (MARii)  untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC), selain  memberi peluang kepada 200 jurutera dan kakitangan teknikal R&D PROTON untuk menimba pengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, perjanjian dengan MARii memperkukuh komitmen PROTON terhadap industri automotif negara selain menyumbang ke arah pencapaian matlamat Rancangan Induk Perindustrian Negara.

"Kami percaya NATC berpotensi besar dalam melahirkan teknologi dan model baharu, serta membantu merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai kuasa automotif serantau,” katanya.

image.png

Perjanjian dimeterai selama lima tahun itu untuk berkongsi kemudahan ujian bagi menyokong pembangunan NATC. Melalui perjanjian ini, PROTON akan menamakan Litar Ujian Separuh Kelajuan Tinggi di Shah Alam dan makmal ujian R&D di Tanjong Malim sebagai sebahagian kemudahan di bawah NATC.

Selain itu, PROTON dan MARii akan bekerjasama dalam membangunkan sebuah kemudahan baharu NATC, dengan kedua-dua pihak akan menyumbang kepada kos pembinaannya.

Sebagai pusat ujian bertaraf industri, NATC akan dibuka kepada pengeluar (OEM), pemain industri, institusi penyelidikan serta institusi pengajian tinggi untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan bersama. Operasi pusat ini akan diketuai oleh MARii dengan sokongan pelbagai pihak berkepentingan termasuk PROTON.

image.pngimage.png

Kerjasama ini juga mensasarkan pembangunan 200 bakat R&D PROTON yang akan memainkan peranan penting dalam pembangunan produk dan komponen masa hadapan, terutamanya yang berkaitan dengan kenderaan tenaga baharu (NEV).

Dalam jangka masa panjang, inisiatif ini akan menyokong usaha menjadikan Lembah Teknologi Automotif Tinggi (AHTV) sebagai hab serantau bagi pembangunan dan pengeluaran model serta komponen NEV.

Sementara itu,, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz berkata, pihaknya komited menyokong agenda perindustrian negara seperti yang dirancang dalam Rancangan Induk Perindustrian Negara 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).

"Kerjasama ini memperkukuh keupayaan Malaysia dalam mobiliti generasi baharu menerusi perkongsian kemudahan ujian, pembangunan R&D yang tersusun serta peluasan kapasiti kejuruteraan bagi kenderaan tenaga baharu,” jelasnya.



Gallery

Tag:

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
NATC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian

Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.

23-09-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.

19-02-2024
Berita Auto

MAS 2024: Kali Ini Ada 2 Tempat Acara

MAS 2024 kembali lagi pada Mei depan.

12-12-2023
Berita Auto

M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat

MARii menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.

16-10-2023
Berita Auto

MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif

MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).

21-09-2023
Berita Auto

MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.

15-05-2023
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026