Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

GATE-2.jpeg

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 12 hingga 14 November ini.

 Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang menyifatkan acara seperti GATE 2025 penting kerana ia membuka peluang untuk kerjasama dan inovasi di seluruh rantau.

"Ini juga peluangterbaik untuk berkongsi idea, meneroka teknologi baharu, dan memperkukuh hubungan dengan rakan industri. Dengan jenama e.MAS, kami berbangga menunjukkan bagaimana kepakaran Malaysia digabungkan dengan pengalaman global untuk mencipta mobiliti yang canggih dan lestari untuk masa depan,"katanya.

Pada pameran tahun ini, PROTON dan PRO-NET menampilkan beberapa teknologinya iaitu Sistem Pemacu Elektrik 12-dalam-1: unit kuasa bersepadu yang canggih, menggabungkan pelbagai komponen bagi mencapai kecekapan, reka bentuk padat,dan prestasi yang lebih tinggi.

Selain itu, PRO-NET akan turut mendedahkan Teknologi Cell-to-Body: inovasi yang meningkatkan keselamatan, ketegaran struktur, dan kecekapan tenaga dengan membina bateri terus ke dalam rangka kenderaan.

Dalam pada itu, PR0-NET turut menggunakan platform GATE 2025 untuk menayangkan kenderaan elektrik keduanya yang ditawarkan pada harga mampu milik, Proton e.MAS 5.

GATE-2.jpeg

Tidak ketinggalan  bateri Short Blade: direka untuk ketumpatan tenaga lebih tinggi, pengecasan lebih pantas, dan jangka hayat lebih panjang bagi memenuhi keperluan kenderaan elektrik moden.

Selain daripada pameran, pengunjung GATE 2025 berpeluang untuk alami sendiri kenderaan elektrik terbaharu Proton e.MAS, dengan sesi pandu uji tersedia untuk Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 5 sepanjang acara berlangsung.

GATE 2025 dibuka kepada orang ramai pada hari terakhirnya, 14 November, dengan kemasukan percuma. Pengunjung digalakkan singgah di ruang pameran PROTON untuk  meneroka teknologi EV terkini serta mengalami Proton e.MAS 7 dan e.MAS 5 melalui sesi pandu uji eksklusif.


Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Proton e.MAS 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Berita Auto

PROTON Business Case Challenge 2025, Cungkil Bakat Mahasiswa Dalam Industri Automotif

PRO-NET, anak syarikat PROTON, menganjurkan pertandingan Proton Business Case Challenge 2025 untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam industri automotif terutamanya kenderan elektrik.

19-11-2025
Berita Auto

EV Paling Mampu Milik Di Malaysia, Proton e.MAS 5 Bakal Dilancar 30 Okt Ini!

Proton e.MAS 5 akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini.

21-10-2025
EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.

PRO-NET menyerahkan beberapa kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semalam.

27-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026